25 Februari 2009

Kerajaan mi segera tak akan bertahan lama

IPOH (23 FEB) : Walaupun DS Mohammad Nizar Jamaluddin dirampas jawatannya, dihalang masuk ke pejabat, disuruh memulangkan kereta dan rumah rasmi, belum tentu Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir dapat mentadbir dengan selesa.

Zambry tidak akan selesa kerana beliau sedar kerajaan pimpinannya, didirikan secara instant noodle (mi segera), tidak demokratik dengan bantuan pihak yang defect (berpaling tadah) dan bias (berpihak).

Pada kedudukan sekarang Pakatan Rakyat mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional juga ada 28. Dengan tiga orang Adun yang defect sebagai bebas tapi menyokong BN.

Media pro BN, cuba mempamerkan persepsi baik kononnya kerajaan baru yang haram itu ditegakkan secara demokratik. Media pengampu juga memainkan isu ketuanan institusi Raja, kononnya Umno pembela ulung Raja-Raja Melayu, manakala Pakatan Rakyat cuba dilabel sebagai golongan penderhaka.

Malangnya mereka tidak boleh menipu sejarah. Banyak kes penderhakaan Umno terhadap Raja. Bukan sekadar derhaka enggan meletak jawatan, malah derhaka Umno sehingga membuat pertabalan ‘Raja Palsu’.

Gambaran one sided media pengampu, tidak dapat menutup fakta dan hakikat bahawa rakyat Perak sedang menghukum pihak-pihak yang defect dan bias. Rakyat membenci dan menempelak mereka. Adun-Adun yang berpaling tadah tidak berani menzahirkan diri di khalayak.

Mereka dibelenggu dengan rasa bersalah sendiri kerana mengkhianati amanah rakyat dan mengheret Perak ke kancah kemelut politik yang berpanjangan. Tiada siapa yang menggangu mereka, tetapi rakyat menganggap mereka umpama “anjing-anjing kurap yang menikmati bangkai”.

Malah keluarga Adun DAP yang berpaling tadah turut menerima padah. Khabarnya, ketika bapa beliau ke pasar untuk membeli sayur, peniaga-peniaga enggan menjual kepadanya.

Mungkin sukar untuk membuktikan wujudnya rasuah sama ada dalam bentuk wang, jawatan, penghapusan dakwaan atau pemberian saham kepada pihak yang defect dan bias ini. Media pengampu dan UMNO/BN juga, gagal untuk menghapuskan persepsi bahawa wujud rasuah dalam proses pengambilan kuasa secara haram itu.

Rakyat percaya bahawa mereka yang defect dan bias ini mempunyai kepentingan tertentu, demi kepentingan peribadi, sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan dan keluhuran undang-undang. Tiada siapa yang menyuruh rakyat membenci mereka atau mempunyai persepsi yang sebegitu. Kesedaran rakyat adalah gelombang yang sukar dibendung.

Rakyat turut menempelak TPM, DS Najib Razak, kerana terlalu gelojoh, sehingga mencetuskan persepsi, beliau akan ‘lebih rakus’ jika menjadi PM. Kegelojohan beliau menimbulkan amarah penyokong Pakatan Rakyat. Sehingga ada kalangan kaum Tionghua membawa ‘colok Cina mati’ untuk menyambut kehadiran beliau pada sambutan Tahun Baru Cina di Ipoh baru-baru ini.

Menurut sumber Umno, perlantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak BN juga tidak mendapat ‘perkenan’ mudah di kalangan pemimpin Umno. Najib selaku Pengerusi Umno Perak, mahukan calonnya menjadi MB kerajaan mi segera BN.

Namun, khabarnya dengan campurtangan KJ, menyebabkan PM Pak Lah terpaksa bergegas ke istana pada petang itu untuk mengemukakan nama Zambry. Pak Lah khabarnya berjaya memintas Najib. Calon pilihan Najib ditawarkan jawatan Exco Kanan.

Zambry bukannya grup Umno tulen, dulu beliau budak Anwar (DSAI) dalam Umno. Zambry adalah aktivis ABIM dan rakan rapat bekas Ketua AMK KeADILan, Mohamed Ezam Mohd Nor, manakala Ezam adalah sekutu rapat dan ‘balaci’ Khairy. Grup ini anti Najib.

Najib kelihatan enggan berbicara sehingga ini ekoran kecewa dengan tindakan Abdullah. Najib perlu sabar kerana menunggu tarikh keramat bulan Mac, untuk menjadi PM dan Presiden Umno. Jika Zambry tidak mengikut ‘line Najib’ selepas ini, maka kerajaan mi segera pimpinan Zambry juga tidak lama hayatnya.

note: paste from harakahdaily.net/mohd rashidi hassan/edited by malayakita.

7 ulasan:

Awanama berkata...

insyaAllah....

Awanama berkata...

ni mana dapat berita mengarut dari mana ni....sudah sudah la tu... terima lah hakikat orang dah tak mau kita...apa nak melalut lagi. bawak bawak lah banyak beristigfar....semua tenag jiwa dan perasaan daripada diulit oleh saudara syaitan....

Awanama berkata...

NAMPAK NYA ORANG PAS LAGI KUAT BUAT FITNAH KAT ORANG...TAPI DOK PI MENGAJI TIAP TIAP MALAM DI DI MESJID DAN SURAU. PI MENGAJI KA PI DENGAR CERAMAH POLITIK?

Awanama berkata...

Drs,Kalau read between the lines this is called cyber war by the name "Mee Segera"Dua ahli dr gerombolan Cik Anon tewas dek melatah.Their resilience so nipis persis kulit bawang, Dak gitu? Nona Ratana Chulaborn.

Awanama berkata...

Ana sokong apa yang Drs tulih tu betul dan sememangnya realiti yang berlaku di Perak..memang UMNO la yang punya angkara di Perak sehingga rakyat jadi kelam kabut...tak ubah macam perangai penjajah yang menipu orang Melayu untuk merampas kuasa dan kekayaan negeri...depa ni semua anak didik penjajah dan think thank depa ni pun dari bangsa eropah Yahudi kalau tak silap yang saya dengar...apa la punya jahatnya kome ni...takpe nanti kita buat qunut nazilah bagi semua orang yang macam penyangak ni terima balasan Allah...

Awanama berkata...

anonim 1:
....sudah sudah la tu... terima lah hakikat orang dah tak mau kita...apa nak melalut lagi. bawak bawak lah banyak beristigfar....semua tenag jiwa dan perasaan daripada diulit oleh saudara syaitan....

balasan:
hakikatnya, yg tak mau adalah kerajaan persekutuan...bukannya rakyat... kami anak jati perak sangat gembira diberi peluang oleh ALLAH berada 11 bulan dibawah pimpinan MB yg cukup dunia dan akhiratnya...Beliau bukan berjuang semata2 kerana kuasa..tapi sebagai khalifah di bumi ALLAH.Payah sungguh nak tengok MB dari BN yg mampu menjadi imam, memabaca khutbah dan memberi tazkirah
anonin 2:
NAMPAK NYA ORANG PAS LAGI KUAT BUAT FITNAH KAT ORANG...TAPI DOK PI MENGAJI TIAP TIAP MALAM DI DI MESJID DAN SURAU. PI MENGAJI KA PI DENGAR CERAMAH POLITIK?
balasan:
beb..ini bukan fitnah daa...ini memang kenyataan... uti semua salasilah mereka...mungkin saudara/i ja yg belum tau.kurang-kuranya org PAS pergi masjid dan surau pon dah dapat pahala.daripada pergi karaoke ke..konsert ke..dan jgn lupa politik tak boleh dipisahkan dengan agam..RENUNG-RENUGKAN...DAN SELAMAT BERAMAL...

Awanama berkata...

Sokonglah yang asli jangan sokong KERAjaan cetak rompak..