25 Februari 2009

Pelajar sesat ditemui.

TAIPING, 24 Feb :- Lima pelajar yang dilapor sesat ketika menyertai program mendaki di kawasan hutan Bukit Larut, Taiping, ditemui dalam keadaan selamat pagi ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak, berkata semua pelajar berusia 15 tahun dari Sekolah Menengah Taman Panglima, Taiping, adalah antara 12 pelajar yang dikatakan mendaki Bukit Larut pada jam lima petang semalam.

"Tujuh daripada pelajar terbabit berjaya pulang ke rumah masing-masing dua jam kemudian tetapi lima lagi dikatakan gagal menemui jalan keluar.

"Kelima-lima pelajar itu dikatakan cuba mengikut jalan pintas ketika hendak keluar tetapi mereka tersesat dan seorang daripada mereka memaklumkan kepada keluarga melalui telefon bimbit untuk meminta bantuan," katanya.

Raja Musa berkata, polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Rela melancarkan gerakan mencari sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu dan kelima-lima pelajar terbabit ditemui pada jam 7 pagi tadi.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Drs,Sering terdengar cerita pendaki ke Bkt Larut kalau ikut "shortcut" kerap tersesat.Spt tiga ADUN Bebas nak senang cepat sanggup "melompat" tapi sayang hidup kini tak berkat.Aduhai..Tersisih hanya "Sekadar di Pinggiran" Nona Ratana Chulaborn