25 Februari 2009

Guan Eng mahu saman Utusan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menafikan laporan akbar Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan negeri tersebut telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu.

"Semua itu satu pembohongan... kita tidak ada majlis seumpama itu," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap akhbar tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar.

"Dan jika mereka mempunyai sebarang bukti yang kita menubukan majlis seumpama itu, maka bawalah ke mahkamah," katanya.

Utusan Malaysia menyiarkan di muka depannya laporan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menghina Islam dengan penubuhan majlis perundingan antara agama.

Akhbar tersebut memetik Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Shabudin mendakwa MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

6 ulasan:

fikrah islamiah berkata...

Saya orang Pulau Pinang dan selalu juga balik kampung kat Permatang Pauh, tetapi tidak pernah dengar tentang penubuhan majlis tersebut. Kalau betul kerajaan tidak terlibat, samanlah utusan dan datuk shabudin sekali.

Tanpa Nama berkata...

Surat kabar aliran utama Bahasa Melayu merupakan sumber maklumat kepada rakyat berbangsa Melayu yang tiada sumber berita alternatif seperti blog dan sebagainya. Oleh itu jika mereka menipu, maka orang Melayulah yang tertipu.
Eloklah jika tindakan diambil terhadap mereka. Mudah-mudahan mereka akan belajar untuk lebih bertanggungjawab.

Tanpa Nama berkata...

Baguih, saman jangan tak saman.Puak-puak UMNO nie mmg kurang ajaq.

Tanpa Nama berkata...

...utusan ni memang patut lama dah kena saman, cerita dia banyak yang propaganda, bagi kita sakit hati saja. UTUSAN MALAYSIA ialah surat kabar BODEK kerajaan...penipu besaq....

Tanpa Nama berkata...

ambe sokong, saman parok sket....biar mapuh gok utusan meloyakan nie.....

Tanpa Nama berkata...

Aritu baru ja cakap nak buat perubahan.
nak lebih telus dan adil.
ni,dah buat hal balik...
memang kalau dah dasar munafik tu,munafik jugaklah...