Oleh : Dr Fikrah
Dr Mahathir menyarankan kepada Lembaga Disiplin UMNO supaya tidak melayan rayuan yang dikemukakan oleh Ali Rustam. Beliau sebelum ini telah dilarang bertanding kerana didapati bersalah di dalam politik wang. Selain itu, Ali Rustam turut diancam dengan penyerahan aduan kepada SPRM oleh Ketua Angkatan Muda PKR atas tuduhan rasuah. Selain itu, beliau telah ditempelak oleh Ustaz Abdul Ghani, Pesuruhjaya PAS Melaka, dengan mengatakan kepada beliau…
"Mulutnya terlalu celupar tak beri orang Melaka melawat Kelantan, hentam Tuan Guru Nik Aziz tetapi akhirnya segala tindakannya itu kembali kepadanya semula”
Dalam masa beberapa hari, Allah SWT hendak menunjukkan kekuasaannya kepada rakyat Malaysia, khususnya Ali Rustam sendiri. Tidak sampai seminggu, beliau sudah menghadapi jutaan tekanan yang datang dari pelbagai pihak. Inilah apa yang dikatakan sebagai “kekuasaan itu milik Allah semata-mata”. Segala kejahatannya akan ditimpakan kembali kepada diri mereka sendiri.
Apalagi? Masih hendak mencabar kuasa Allah? Saya, Dr Fikrah, turut menempelak kepada beliau yang dahulunya banyak menyusahkan orang, akhirnya dalam masa sekelip mata, reputasinya merudum dengan teruk. Masih tidak sedar lagi siapakah Pemilik kuasa yang sebenar? Kes Ali Rustam ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua pimpinan UMNO, janganlah anda rasa selesa dengan kedudukan yang ada. Sangat mudah bagi Allah SWT untuk menjatuhkan orang-orang yang sombong.
Kalam Ustaz Abdul Ghani itu penuh makna, yang mampu menyentak semua orang. Tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lihatlah kebesaran Allah SWT yang mengembalikan “hentaman” kepada seorang alim, kepada diri mereka semula. Sekiranya mereka sanggup menghentam seorang Tok Guru, tunggulah balasannya daripada Allah, mereka akan dihentam pula.
Sekiranya seorang Tok Guru telah dihentam, lalu Allah mengembalikan hentaman tersebut kepada diri mereka sendiri, bagaimana pula sebuah kesatuan yang besar yang menuntut keadilan? Mereka telah memfitnah PR dan menyekat daripada keadilan terbentuk, maka tunggulah, Allah akan mengembalikan segala bentuk kejahatan itu kepada diri mereka sendiri! Jangan fikir hidup di dunia ini tiada siapa yang Berkuasa terhadapnya.
Wahai UMNO! Berhati-hatilah dengan PR, sekiranya hari ini anda merasa senang mengutuk orang, belum tentu hari esok, kamu akan ditimpakan kembali kejahatan itu kepada diri kamu sendiri. Ambillah iktibar wahai yang berakal. Kes Ali Rustam ini sepatutnya menjadi pengajaran bagi dirimu, dan pengajaran kepada semua ahli UMNO. Sedarlah sebelum terlambat.
Salam Perjuangan .

2 ulasan:
Inilah yang dikatakan 'HIDUP UMPAMA PUTARAN RODA' kadang-kala kita berada di atas dan sebaliknya.Percayalah..Hidup ini ada Hukum Karma.. Hari ini kita menghina orang mungkin esok atau lusa diri kita pula akan menerima nasib yang serupa dan kadang2 lebih dasyat lagi dari orang yang kita hina...TAKBIR!!!!
kesian betul aku tengok ali rustam ni,walaupun hati dah bekarat umno sampai tak pernah sedetikpun dlm hidupnya mengakui kebenaran pas,akhirnya dia dicantas oleh kawan sendiri ketika pendakian sudah hampir sampai kepuncak..... wahai ali rustam lebih baik terima hakikat bahawa selama ini anda telah silap memilih wadah perjuangan sehingga mata hati telah tertutup dan tak dapat mengenal antara intan dan kaca....
Catat Ulasan