20 Mac 2009

YB NIZAR BELA KAUM TERTENTU SAHAJA ?

salam sejahtera kpd semua..

DI sertakan di sini,bukti surat penghargaan dari Madrasah Addiniah Al-Latifiah di perak,yang sebelum dinafikan hak mereka,beratus2 sekolah agama rakyat dan pondok terpaksa ditutup selepas bantuan kewangan kepada mereka di tarik balik oleh kerajaan,atas alasan2 yang tak munasabah.Blog Madrasah tersebut di sini.


Ini adalah antara penganugerahan hak milik tanah,yang diklasifikasikan sebagai "perkauman" dan tidak adil oleh pemimpin kerajaan dan juga media masa yang berat sebelah macam dacing yang sedia senget sebelah.apakah makna adil bagi mereka?Inilah yang dikatakan betapa beratnya berlaku adil,kerana even berlaku adil pun ada yang mengatakannya tidak adil.Mungkin dengan adanya penganugerahan projek kepada kaum kerabat barulah adil namanya.

Sejak balik dr perak haritu,aku lihat ramai sgt even ahli keluarga sendiri yang salah faham isu pemberian tanah kepada org cina di perak.

Fakta pertama,pemberian tanah itu juga melibatkan kebanyakannya org melayu,tapi yang di paparkan di suratkhabar," Kerajaan Perak bagi tanah kpd org cina".

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli).

Fakta kedua,penipuan media yang mengatakan Hj Nizar dikawal dan dipaksa oleh DAP untuk bagi tanah tu.Sebenarnya salah sama sekali,manifesto pemberian hak tanah ini adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Persoalan lain : habis tu,tanah yang cina dapat tu,cmne melayu nak survive.

Jwpn : melayu takkan dapat survive smpai bila2 dengan sikap pemimpin yang masih ada masa sekarang.Tanah yuang di beri kepada kaum cina itu adalah kepada mereka yang memerlukan.Bukan cina yang sudah kaya raya,rumah banglo keta berderet-deret. Tetapi org cina yang dah tinggal berpuluh-puluh tahun,yang dah tua,yang sederhana dalam kehidupan mereka.Mereka pernah dijanjikan untuk diberi hakmilik tanah di bawah kerajaan perak pimpinan Bn sebelum ini.tetapi tak pernah ditunaikan.

Apakah mereka perlu dinafikan hak hanya semata-mata mereka "org cina"? Islam mengajar untuk kita bersama-sama hidup dalam dunia dengan muafakat.Ketika zaman Rasulullah juga,hak-hak orang2 yahudi juga dijaga dengan baik oleh Nabi,even merekalah penentang yang utama.Jadi apa hujah untuk menafikan orang cina untuk mendapat bantuan dari pemimpin kerajaan?adakah ini satu "kezaliman" seperti yang diwarwarkan media?fikirkan sendiri.

Mari kita lihat penjelasan isu tanah,undisclosed explanation yang pasti takkan masuk dalam utusan.Lihat disini.

Apa " keadilan" yang telah dilakukan kerajaan BN di perak sebelum ini?mari kita singkap semula
22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.


5,000 ekar di Bruas

1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tenah rizab melayq di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!
isu sekarang semua tanah tu adalah dari jenis 'Simpanan Melayu' yang patut diganti dengan tanah lain yang sama keluasannya. Dan polisi "adil" ini dilaksanakan secara saksama di seluruh Malaysia :)

apa fakta tentang tanah rizab melayu yang kononnya diperjuangkan selama ini?

Suatu ketika, keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negara ini mencapai 3 juta hektar. Kini tanah tersebut hanya tinggal 1.7 juta hektar. Dalam satu laporan pada Jun 1998, Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi memberitahu, di Selangor, sebanyak 8,299.9 hektar TRM hilang statusnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Dari jumlah tersebut, hanya 2,833.48 hektar atau 34 peratus diganti semula oleh kerajaan negeri. Bakinya tidak diganti, atau mungkin terus lesap.
Di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru, TRM sudah tidak sampai 10 peratus. Ini semua adalah ekoran kebebasan yang diperuntukkan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.

Sekarang ni,Bekas MB Selangor,Khir Toyo pun nak jadi jaguh mempertahankan hak melayu konon2nya di Selangor.Tapi, memang beliau telah melakukan kesilapan besar dengan menuduh pemberian lembu korban sebagai "corrupt".Satu persatu Corruption yang beliau lakukan sebelum ini terbongkar,isu elaun bernilai ratusan ribu dari PKNS,isu lawatan ke luar negara di sana sini,yang kdg2 tak releven sja antaranya London, Beijing, Los Angeles, Dubai, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.,kos yang ditanggung kerajaan negeri lebih 300 ribu untuk kos pengangkutan shj,tk termasuk yang lain2..penyalahguna an dana BALKIS melebihi 1 juta,dan sebagainya.bacaan lanjut disini.

oleh itu..adakah ini yang dinamakan keadilan?

tepuk dada,tanya iman.

Dipetik dari http://khallys. blogspot. com/

5 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

sebenarnya fakta macam ni, pasti penyokong PR dah tau.
masalahnya,mereka yang membangkang PR ni yang tak tau dan tak paham.
kita kena ikhtiar.
macammana nak sampaikan dah pahamkan depa yang tak tau tu.
berusahalah sahabat2ku.
insya'allah kita akan berjaya akhirnya...

Tanpa Nama berkata...

yang akan jadi mangsanya sekali lagi adalah orang kampung,saya ni asal dari daerah batang padang,kampung saya dekat je dengan tempat yang tuanku sultan masuk baru2 ni, kalau nak tahu,sampai dah meninggal pun ayah saya, tapi tanah tapak rumah saya masih belum dapat geran atau pun hak milik sementara pun,saya pun dah hampir umur 50 tahun dah,asyik dok bayar tol je,borang 5A dah banyak kali bayar,bila g pejabat tanah je, dia kata kena isi borang baru, sebab yang lama dah tamat tempoh,dah naik menyampah turun naik kat pejabat tanah tu dah,tu masa pemerintahan kerajaan dacing yang sentiasa senget tu,ni kata nak bagi hak milik kekal, saya jamin sampai PR13 pun nanti perkara ni tak kan selesai,ada adun yang kita pilih,tiba2 je jadi BEBAS, elok di tembak dengan senapang gajah je orang macam ni,nasib lah negara kita ni ada undang2 tak leh simpan senapang,kalau tidak entah lah,geram je kalau cerita tentang hak milik tanah ni.sekarang ni orang2 kampung asyik dok kata YB Nizar bagi tanah kat orang cina je,tu dah ada yang masuk jarum kat orang kampung lah tu. saya bagi tahu kat semua saudara kat kampung tu,sebenarnya YB Nizar tak sempat nak wat keja lagi pun,belum sempat nak tunjuk bukti,dah zamri "bengong"tu amik alih.ee...bencinya.

Tanpa Nama berkata...

mana blog madrasah tersebut YB???...tak linkkan ker???

hamdan al-kandahlawi berkata...

salam sejahtera..

kpd Yb,time kasih sudi paparkan tulisan ana yg tk seberapa tu..

kepada anak,ni blog madrasah tu.
http://addiniahallatiffiah.blogspot.com/

saya org kelahiran parit buntar..bersama pas insyaAllah

Tanpa Nama berkata...

YB.. saya rasa amat sedih.. saya dapat merasakan Dtk Sri Nizar akan kalah dlm samannya kpd Dtk Zambri utk pengesahan jwtn menteri besar kerana hakim terang2 memesongkan 4 soalan utk di jawab di Mahkamah Persekutuan sedangkan peguam Dtk Nizar mahu mahkamah mengesahkan yang Dtk Sri Nizar adalah menteri besar yg sah kerana tidak meletak jwtn, tiada undi tidak pecaya pdnya dan memohon DUN di bubarkan bukan menafikan kuasa sultan melantik menteri besar tetapi sultan tidak berkuasa memecat menteri besar.. Klu soalan tentang kuasa sultan melantik menteri besar memang sultan ada kuasa utk melantik..tiada siapa boleh persoalkan.. Walau pun pasti kalah kerana berlaku ketidak adilan soalan di sini saya tetap menyanjung Dtk Sri Nizar sebagai menteri besar yang sah.. Asalamualaikom...