20 Mac 2009

Ali Rustam bukan 'kambing hitam' - Najib

PUTRAJAYA: Tiada unsur sabotaj dan kambing hitam dalam tindakan Lembaga Disiplin Umno terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berhubung kesalahan politik wang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata lembaga itu bertindak berdasarkan maklumat dan Mohd Ali tidak dijadikan kambing korban dalam usaha parti itu membanteras gejala rasuah politik wang.

"Kita tidak boleh persoalkan nawaitu (niat) Lembaga Disiplin dan perlu memberi kepercayaan kepadanya sekiranya kita nak bersihkan Umno," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Perkhidmatan Elektronik Lembaga Hasil Dalam Negeri di Kementerian Kewangan di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus segelintir anggota Umno mempersoalkan kredibiliti lembaga itu serta cakap-cakap politik kemungkinan wujudnya unsur sabotaj dan kambing korban dalam kes Mohd Ali itu.

Najib berkata lembaga itu diwujudkan hasil persidangan khas dan manakala anggotanya dilantik oleh parti.

Semalam lembaga itu mengumumkan 15 daripada 29 anggota Umno yang disiasat didapati bersalah berhubung amalan politik wang.

Mohd Ali didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno kerana tiga ejennya mengamalkan politik wang.

Beliau dilarang bertanding dalam pemilihan Umno pada perhimpunan agung parti itu minggu depan.

Mohd Ali, yang Naib Presiden Umno, adalah calon Timbalan Presiden.

Ditanya sama ada tindakan kerajaan mengekalkan Mohd Ali sebagai Ketua Menteri Melaka boleh memberi isyarat yang silap kepada orang ramai bahawa "seorang pemimpin korup" masih boleh menerajui kerajaan negeri, Najib berkata:

"Dia punya fakta berlainan sebab kerjakerja (amalan politik wang) dilakukan oleh orangorang tertentu. Sebab itu berdasarkan fakta lembaga disiplin buat keputusan dia boleh pegang jawatan (dalam parti)."

Mengulas kenyataan bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rayuan mereka yang didapati bersalah oleh lembaga itu tidak perlu dilayan bagi membuktikan kesungguhan Umno membanteras gejala politik wang, Najib berkata Umno tidak boleh menafikan hak mereka untuk merayu dan terpulanglah kepada Lembaga Rayuan untuk memutuskannya.

Ditanya mengenai kekeliruan sebilangan anggota Umno bahawa terdapat anggota yang didakwa di mahkamah kerana kesalahan politik wang dan anggota yang didapati bersalah oleh lembaga itu hanya diberi amaran tetapi mereka masih boleh bertanding pada pemilihan minggu depan, Najib berkata:

"Itu pertimbangan Lembaga Disiplin. Ia badan bebas. Kita tidak campur tangan."

5 ulasan:

fital berkata...

kalau bukan kambing hitam mungkin kambing biri-biri gaknye

Tanpa Nama berkata...

Mereka semua adalah kambing Mongolia... Pengembala kambing tersebut namanya Najib Altantuya.... Kalau UMNO betul2 serius nak hapuskan rasuah, orang petama yang kena dibersihkan tuduhan dan dibawa ke muka mahkamah adalah tidak lain tidak bukan si pengembala tersebut...

Tanpa Nama berkata...

Salam.. ada member kata la, bkn aku kata.. ali ketam ni mmg bukan kambing hitam.. tp babi hitam..
sbb negeri melaka antara negeri terkecil kat malaysia, tp negeri pengeluar babi terbanyak di malaysia. sbb tu ali ketam ni lebih layak di panggil "babi hitam". tu kata member aku laa.. bkn aku kata.. huhuhu...

(harapan63)

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum
pergh ganas gak ayat kome ya...apapun
memang macam tu le dunia AMENO

Tanpa Nama berkata...

Semuanya ibarat seorang hamba Allah tercirit dalam seluar, lalu pakai seluar baru dan mencampakkan seluar penuh najisnya. Bila ditanya itu seluar siapa. Jawbnya "Seluar aku punya, tahi cirit itu buka aku punya"