SOAL JAWAB/KEMUSYKILAN AGAMA PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Soalan :
Sejak akhir-akhir ini, kedapatan imam-imam dan khatib-khatib, apatah lagi imam/khatib jemputan pada hari Jumaat berkhutbah agak panjang, kadang-kadang sampai 40 minit ditambah pula dengan bacaan ayat-ayat yang panjang dalam sembahyang. Ramai makmum merungut dan tidak berpuas hati sehingga pernah berlaku ada diantara jemaah yang balik tanpa sempat menunaikan solat Jumaat. Soalan saya, apakah perbuatan imam atau khatib seperti itu menepati ajaran Islam?
Jawapan:
Beribadat dengan melakukan pelbagai amal sebagai bekalan untuk akhirat seperti sembahyang, puasa, membaca al-Quran, berzikir dan pelbagai lagi, adalah sangat dituntut. Malah ia adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaku.”-(Az-Zariyat: 56). Bagaimanapun, sebarang ‘amal ‘ibadat yang hendak dilakukan mestilah mengikut syarat rukun, peraturan dan adab-adabnya.
Di antara peraturan dan adabnya, mestilah ibadat yang dilakukan itu tidak menyusah dan menganggu orang lain. Sebagai contoh, orang yang ingin beribadat dengan membaca al-Quran, dia boleh melakukannya bila-bila masa dan sebanyak mana yang ia mahu, selama ia tidak mengganggu orang lain dengan suara bacaannya itu. Sebab itulah dia dilarang membacanya dengan suara yang kuat dan nyaring sehingga perbuatan itu boleh mengganggu orang yang sedang tidur. Begitu juga dalam sembahyang berjemaah, seseorang makmum dilarang membaca Fatihah atau ayat lain dalam sembahyang dengan suara yang kuat kerana perbuatan demikian boleh mengganggu dan mengelirukan makmum lain.
Berbalik kepada persoalan yang ditimbulkan, di kalangan ‘ulama, berdasarkan kepada hadis sahih, sudah banyak memperkatakan mengenai syarat-syarat dan adab serta etika seorang imam dan khatib yang seharusnya diikuti supaya dia menjadi seorang imam atau khatib yang dihormati dan disegani.
Antara syarat seorang imam dan khatib itu mestilah mempunyai pengetahuan agama yang mencukupi, khususnya dalam bab sembahyang dan mereka juga mesti fasih membaca al-Quran dengan makhraj dan tajwidnya yang betul. Manakala adab dan etikanya pula, seorang imam atau khatib itu mestilah peka dan prihatin dengan keadaan makmum di belakangnya yang sudah pasti terdiri daripada manusia yang mempunyai pelbagai ragam dan kedudukan serta peringkat umur dan pengetahuan agamanya. Di samping itu, dia juga harus prihatin dan mengambil kira keadaan masa, tempat dan suasana. Ammar bin Yasir berkata: “Aku mendengar Rasullah bersabda: “Sesungguhnya panjang sembahyang seseorang (imam) dan pendek khutbahnya adalah tanda kefahamannya (terhadap ajaran Islam), maka panjangkan sembahyang dan pendekkan khutbah”.
Maksud panjang sembahyang dalam hadis ini ialah sembahyang lebih panjang daripada khutbah, bukan bermaksud panjang sembahyang sehingga menyusahkan makmum. Ada riyawat lain menyebutkan bahawa khutbah Rasullah dan sembahyangnya adalah sederhana. Anas bin Malik pula berkata: “Aku tidak pernah melihat orang sembahyang lebih ringkas dan lebih sempurna selain daripada Rasulullah”. Dan dalam satu peristiwa dimana Rasullah pernah menegur sahabat agungnya, Muaz bin Jabal yang pernah menjadi imam sembahyang di sebuah perkampungan dan membaca surah yang panjang. Tindakannya itu menyebabkan seorang daripada makmum telah mufaraqah dan terus sembahyang bersendirian kerana beliau terlalu banyak kerja yang hendak diuruskan. Perbuatan makmum ini dimarahi oleh Muaz lalu memberitahu Rasulullah. Rasulullah pun bersabda kepada Muaz, maksudnya: “Apakah engkau hendak membuat fitnah” sambil diulanginya tiga kali dan terus bersabda lagi: “Kalau engkau membaca surah pendek-pendek, tentulah semua orang boleh mengikuti engkau kerana di antara kalangan makmum ada yang sakit, uzur, tua, kanak-kanak dan ada yang mempunyai banyak urusan”. Rasulullah sendiri pernah mempercepatkan sembahyang tatkala mengimamkan satu sembahyang semata-mata kerana terdengar tangisan seorang kanak-kanak, kerana takut ibunya tidak khusyuk.
Khutbah juga tidak seharusnya dipanjangkan, cukuplah di antara 10 dan 15 minit sahaja. Khutbah yang pendek, padat ditambah dengan penggunaan bahasa yang baik adalah lebih berkesan daripada yang panjang berjela-jela sehingga menjemukan dan membosankan para jemaah. Apatah lagi di setengah masjid di Wilayah Persekutuan ini ketika sembahyang Jumaat terdapat ramai para jemaah yang terpaksa sembahyang di luar masjid sebab ruang dalam masjid telah penuh, dimana mereka terdedah dengan panas terik dan kadang-kadang hujan pula.
Kesimpulannya bahawa imam atau khatib yang sering sahaja membaca surah-surah dan berkhutbah panjang serta tidak mengambilkira kesesuaian waktunya sehingga menyusahkan para jemaah adalah tidak selaras dengan sunnah Rasulullah S.A.W. , Wallahu A’alam.

1 ulasan:
Dalam seminggu hari jumaat sahaja berpeluang mendengar nasihat-nasihat
Catat Ulasan