0leh : Hafez Sabri
UNITED KINGDOM : Konflik yang berlaku di Perak sekarang tidak ada kesudahannya melainkan dibubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) kata Saudara Afiq Khazar (koordinator Mahasiswa BERSATU PERAK United Kingdom).
Beliau berkata, nampaknya masalah yang berlaku semakin rumit apabila wujud dua kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri.
“Sewajarnya Dun Perak dibubarkan kerana hanya cara tersebut sahaja paling selamat untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul sekarang. Biarlah segala yang berlaku dihakimi rakyat.
“Ini sesuai dengan amalan demokrasi yang dipraktik di negara ini.. Sekiranya rakyat memilih calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu, bererti Umno dan BN yang akan menguasai negeri terbabit dan begitu juga sebaliknya,” katanya selepas di hubungi Unit Media BERSATU PERAK melalui perbualan telefon.
“Janganlah dibiar rakyat terus tertekan akibat kedegilan pihak tertentu untuk menyerahkan mandat kepada mereka untuk membuat pemilihan semula.
“Saya fikir inilah cara yang terbaik untuk menyelamatkan suasana yang berlaku di Perak sekarang,” ujarnya.
Beliau yang di amanahkan untuk memobilasi mahasiswa Perak di United Kingdom juga menyatakan, tindakan kerajaan BN di Perak sehingga terpaksa ke luar negara untuk mencari pakar undang-undang bagi mempertahankan kerajaan BN sebagai tindakan terdesak.
Kata beliau, biar apa pun cara yang dilakukan kerajaan BN bagi memulihkan keadaan, rakyat tetap tidak akan berpuas hati dengan apa yang berlaku, kecuali diadakan semula pilihan raya,bagi mengembalikan haka rakyat yang di nafikan secara kotor
“Hanya pilihan raya cara yang paling manis, bijak, bersopan serta mengikut lunas demokrasi berbanding cara lain sebagaimana yang dilakukan termasuk mendapat khidmat pakar undang-undang di England,” ujarnya.

2 ulasan:
Nak cakap pun dah tak guna... sistem demokrasi di Malaysia sekarang dah hancur lebur... bila yang berkuasa mengambil keputusan mengikut kepentingan peribadi dan nafsu...polis dan makamah di jadikan perisai bg melindungi kezaliman mereka, rakyat jelata menjadi mangsa... bila rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati mereke didakwa penderhaka terus di tangkap polis terus d bawa ke makamah... apa nak jd negara kita sekarang ni? rakyat yang cerdik pandai sudah ramai tapi yang bodoh sombong lg ramai... nak buat mcmana, teruskan pejuangan dengan sabar... mari bersama mendaulatkan Al-Quran & Al-Sunnah...
Pakailah sistem apa pun selagi tidak kembali kepada Islam tetap berlaku kezaliman. Kerajaan Khalifah al-Rashidin teguh kerana Islam. Umayah, Abasiah dan Usmaniah wlaupun bertahan ratusan tahun, namun apabila berpaling akhirnya hancur. Inikan pula Melayu Islam yang Islamnya pun seperuh-separuh! Jadikanlah iktibar.
Catat Ulasan