Email : Mohd Farizul Mohamad Radzi
Apalah nasib orang-orang Islam seperti aku yang sentiasa dibayangi oleh kedegilan orang-orang bukan Islam. Walaupun telah diajar berkali-kali bahawa cara hidup orang-orang Islam tidak sama dengan orang-orang bukan Islam, tapi apakan daya, tuntutan kehidupan membatasi segalanya. Ada yang sanggup ambil jalan mudah untuk menjayakan agenda tersendiri sehingga sanggup mempertaruhkan akidah orang Islam.
Aku merujuk kepada perkembangan yang berlaku sekitar beberapa hari ini apabila TV3 menyiarkan berita mengenai kedegilan seorang pengusaha tempat sembelihan ayam kerana tidak mengikut garis panduan yang betul apabila penyembelihan dilakukan. Menonton berita di TV3 tu, aku rasakan telah termakan ayam itu kerana tempat penyembelihan itu berada di negeri Selangor iaitu tempat aku duduki sekarang.
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu pusat penyembelihan ayam yang berada di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, menemui 1,863 kilogram ayam yang disembelih tidak mengikut syarat. Lebih mengejutkan apabila 38 pusat penyembelihan yang diperiksa itu turut memaparkan siri logo halal yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premis masing-masing, tetapi pemeriksaan mendapati cara penyembelihan itu meragukan.
Pegawai Jais, Mohd Hidayat Abd Rani, berkata pemeriksaan ke atas premis terbabit mendapati ayam itu tidak disembelih dengan betul, tetapi ia diproses sebelum di jual di pasar di sekitar Lembah Klang.
Ini sama halnya dengan ayam cucuk, ayam yang tidak disembelih tetapi menggunakan alat untuk mencucuk di leher ayam tersebut supaya mati. Ayam ini tidak halal dimakan oleh umat Islam kerana dikategorikan sebagai bangkai. Untuk mengenal ayam cucuk ialah di leher ayam tersebut ada kesan lubang seperti dicucuk. Seperti gambar di bawah:
-Gambar diambil dari isuhangat.blogspot. com-
Kalau dalam Islam syarat sah sembelihan ialah mesti putus urat halkum dan urat merih dengan menggunakan pisau tajam dan tidak boleh di angkat pisau tersebut semasa proses penyembelihannya.
-Gambar diambil dari isuhangat.blogspot. com-
Tapi bagi pemimpin negara, aku amat kesal kerana tak ada sebarang tindakan susulan pun diambil ke atas berita itu. Malahan,pemimpin berkenaan rilek je, seolah-olah masalah tu bukan masalah utama umat Islam. Padahal itulah yang akan mengenerasikan umat Islam suatu hari nanti, yang kini sentiasa dipengaruhi oleh perbuatan yang tidak bermoral.
Seperti kata Imam Al-Ghazali, kalau kita mahu anak kita soleh dan solehah, makanlah dari apa yang HALAL sejak dari janin lagi. Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka jika diberikan makanan dari sumber yang HARAM atau kotor! Biiznillah.. .
2 ulasan:
makanlah ayam organik yang dikeluarkan oleh pengusaha Muslim...
Biar susah asalkan halal.Kalau keadaan begini adalah dicadangkan supaya saudara seagama Islam beli ayam hidup dan sembelih dan proses dirumah sendiri.Saya pernah melakukan ini kerana dalam tinjauan saya ketempat tempat penyembelihan dan pemerosesan ayam majoritinya tidak menepati kehendak syarak.Sekarang ini walaupun ada tempat memproses ayam yang dapat persijilan halal tapi tak banyak.
Penyembelihan dan memproses sendiri ayam yntuk makan dirumah atau kenduri kecil akan melatih kita mahir disamping melatih anak-anak supaya pandai menyembelih mengikut syarak dan memproses ayam dengan cara suci dan halal.
Catat Ulasan