Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa kemenangannya kali ini ada kaitan dengan amalan politik wang.
Khairy menafikan dakwaan tersebut kerana beliau masih berkelayakan bertanding bagi jawatan tersebut tanpa sebarang halangan.
"Tidak, tidak ada... saya layak bertanding," katanya ringkas ketika ditemui selepas diumumkan sebagai Ketua Pemuda lewat malam tadi.
Minggu lalu Lembaga Disiplin mendapati Khairy bersalah di bawah Artikel 10.1 Tataetika Ahli Umno yang melibatkan politik wang.
Dalam persaingan tiga penjuru merebut, Khairy memperoleh 304 undi meninggalkan dua lagi calon iaitu ahli Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.
Khairy dalam ucapan penangguhannya setelah diumumkan sebagai Ketua Pemuda berkata, dengan semangat setiakawan yang menjadi tema kempennya, beliau berjanji tidak akan meminggirkan mana-mana pihak dalam barisan kepimpinannya.
"Tak bermakna yang tak bersama saya (bukan penyokong) akan dipinggirkan, semangat setiakawan akan sentiasa diterapkan," katanya.
Beliau mahu semua ahli Pemuda merapatkan semula barisan dan bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar.
"Kita akan berhadapan dengan tugas berat iaitu berhadapan dengan pilihan raya (kecil) nanti," katanya.
Keputusan yang menyebelahi Khairy nyata mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Mukhriz.
Reaksi bantahan tersebut ketara apabila penyokong ahli Parlimen Jerlun itu meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn tempat perhimpunan pergerakan tersebut diadakan.
Dalam pada itu sekumpulan penyokong Mukhriz yang berada di luar dewan berkumpul dan bersorak menyatakan perasaan bantahan mereka.
Antara sorakan yang jelas kedengaran ialah 'Khairy rasuah'.
Sekumpulan anggota polis juga berkawal di sekitar kawasan ruang legar kaunter pendaftaran perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra bagi mengawal sebarang kemungkinan.

5 ulasan:
samseng bertemu samseng akhirnya penyokong khairy dan mukhriz bertumbuk sakan. polis datang meleraikan. itu lah politik umno. politik samseng.
yang samseng umno, tapi polis kawal PR. tu la bodoh namanya.
sekarang khairy menang, najib dan mahathir, kuku sikit tumpul. Alhamdulillah.
Allah swt dah tunjukkan jalan. Tinggal perjuangan kita perlu di selesaikan.
Kalau Pak lah bertanding pun mungkin dia boleh menang. Maknanya, ramai antara UMNO pun tak suka UMNO. cuma bila Presiden UMNO tidak di pertandingkan menjadi satu budaya, susah lah nak tengok demokrasi di dalam uMNO.
soalnya skarang ... adakah Pak Lah akan letakkan jawatan.
Pilihanraya kecil ini, kita lihat UMNO berpecah belah.
Tapi waspada. Polis akan terus jadi polis. Arahan tetap dari yang atas. Waspada dengan semua bentuk provokasi dan penipuan Pilihanraya. Kerana keghairahan pemimpin UMNO baru mampu buat apa pun kerana kuasa.
salam kepada aktivis Islam.
Kemenangan KJ mungkin lebihbaik dari calun2 yang tak baik, umpama setiakawan diantara perompak dengan perompak.Setiakawan yang diseru KJ berbeza dgn Ukhuwwah, Ukhuwwah dibina dari rasa kasih kerana Allah yg lahir dari rasa tawadduk dan mengutamakan sahabat dari diri sendiri.
Jadi, setiakawan yang diseru KJ bersifat maddiah yang ada maksud keuntungan peribadi melebihi yang lain.
biarkan mereka bertelagah.
kita teruskan perjuangan kita.
UMNO akan berpecah pelah tetapi sebagai aktivis Islam kita jangan lalai dgn kemenangan kecil kita.
Org Melayu memilih kita kerana tidak ada pilihan yg lebih baik. Menjadi contoh yg baik adalah dakwah yg terbaik bukan mencerca org lain.
Ingat perjuangan Islam lahir dari berzaman lagi. Bukan baru kesedaran Islam ini. Lihatlah sejarah Melayu itu sendiri dari kurun ke 7 di Kedah sehingga kurun 19 menyaksikan berbagai tentangan luar kafir ingin menjajah Melayu. Tetapi Melayu waktu itu bangun jihad.
Bukan sekarang yg hanya merebut kek politik dan wang ringgit.
kemenangan kj sedikit sebanyak menutup mulut Tdm. nasihat yop pada tdm dok kat masjid lagi baguih.
Catat Ulasan