Khairi Jamaludin (KJ) memenangi perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia selepas seminggu didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin parti itu atas kesalahan rasuah. KJ memperolehi 304 undi mengalahkan Khir Toyo (KT) (254 undi) dan Mukhriz Mahathir (232 undi).
KJ dan KT disiasat oleh jawatankuasa disiplin berikutan aduan rasuah untuk mendapatkan pencalonan bagi pertandingan ini. KJ didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran manakala KT diputuskan tidak bersalah. Mukhriz merupakan satu-satunya calon Ketua Pemuda yang tidak disiasat atas tuduhan rasuah berkaitan pertandingan ini.
Kemenangan ini memberikan nafas baru kepada hayat politik KJ selepas pengumuman keputusan bapa mertuanya melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri. Sementara itu, keputusan ini dikatakan memberi tamparan kepada Dato' Seri Najib dan mentornya Tun Mahathir yang mahukan Mukhriz memenanginya.
Keputusan ini juga menandakan penghujung hayat politik KT yang sedang disiasat oleh kerajaan negeri Selangor berhubung salah guna kuasa menggelapkan dan membazirkan jutaan wang kerajaan untuk kepentingan diri sepanjang menerajui negeri itu.
Jawatan Ketua Wanita dimenangi oleh Shahrizat Jalil manakala Rosnah Abdul Rashid Shirleen memenangi jawatan Ketua Puteri./Jeritan minda politik.

9 ulasan:
kalau KJ/KT menang,senang la sikit keja PR.
depa ni tak bersih.
depa akan memalitkan kekotoran itu pada UMNO/BN.
kalau MM menang,dia ni telus sikit.
tegas macam bapak dia.
UMNO/BN akan menjadi lebih kuat.
PR kena kerja kuat la PRU-13 nanti.
lagi satu,kalau MM menang PPSMI akan diteruskan.
kalau KJ menang ada harapan PPSMI dimansuhkan.
umno party pewaris penjajah memang dajjal, maka memerlukan org atau masyarakat berasuah untuk menguasai bumi..
KJ menang dgn rasuah perwakilan terutamanya yg dari Kelantan. Sy sendiri melihat di persidangan semalam.
Kenapa Org Melayu yg muda belia sebegini boleh mudah terjerumus dengan rasuah?
AKAN HANCURLAH UMNO itu. Seluruh Org Melayu akan menolak UMNO. Ingat Org Melayu hari ini bukan mudah diperbodohkan. UMNO perlu tukar jadi party org CIna dan India sahaja.
Ya KJ menang dgn rasuah RM5,000 setiap perwakilan yg terutamanya dari Kelantan. Jelas semua org di persidangan melihat berapa ramainya protes dari org Melayu yg lama berjuang dalam UMNO.
Dgn itu UMNO harus ditukar menjadi parti org CIna dan India sahaja. Kerana meraka yg akan meraih keuntungan dari balachi2 KJ yg jelas rasuah tetapi tidak besar kesalahannya??????????
Tengku Ahmad Rithauddeen sepatutnya disiasat berapa RM yg telah diambil beliau dari KJ atau Pak Lah?
yang menjerit diluar dewan ketika itu kebanyakkan penyokong Mukhriz.Mereka memakai baju yang dibelakangnya tertulis WWW.MUKHRIZ.COM
adakah mereka memakai baju tersebut dengan modal sendiri.mereka semua tu bukan perwakilan sebaliknya penyokong fanatik mukhriz.
Tolong hormat kepada keputusan perwakilan pemuda, kita sibuk mengatakan demokrasi tapi tak menghormati demokrasi.
Kepada 304 wakil Pemuda, semoga kalian semua dengan petualang dalam UMNO, ketua pemuda baru, dilaknat dan disumapah dunia dan akhirat. Ingat lah wang haram kejadah yang dimakan akan menjadi daging dan membara di dunia dan akhirat sampai ke neraka buat selamanya. Tak selamat hidup kamu dunia akhirat. Kamu lebih teruk dari pelacur jalanan, sanggup menjual maruah diri, anak isteri, bangsa, negara, dan Parti hanya dengan wang yang tak seberapa. Semoga hidup ada semua tak selamat selama lamanya.
Wassalam
Jebat Romeo
KJ naik.. smangat aku kat UMNO turun mendadak..
goodbye umno..
Memang kemenangan Khairy akan menambahkan kebencian orang melayu pada umno. tak cukupkah kerosakan yang dah dilakukan khairy selama ini? Orang sekarang lebih suka kepada pemimpin main duit dari pemimpin yang berakal
wakil umno sepatutnya mengambil kesempatan kena spring cleaning semasa pemilihan kali ini tetapi tidak dimanafaatkan oleh sebahagian wakil.
Catat Ulasan