KUALA LUMPUR, 13 Mac : - Sebarang Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hanya akan tinggal panduan semata-mata sekiranya ia tidak diwartakan oleh negeri-negeri malah tidak boleh dikuatkuasakan daripada segi undang-undang.
Itulah yang terjadi kepada 1,822 lesen judi yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan termasuk cabutan khas (lucky draw) yang melibatkan dana melibatkan lebih daripada RM70 juta.
Persoalan sejauh mana Majlis Fatwa memainkan peranan supaya setiap dasar kerajaan yang dibuat tidak bercanggah dengan syarak seperti yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan itu.
Perkara ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd. Yusoff sewaktu sesi soal jawab tambahan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr. Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat baru-baru ini.
"Jadi, sekiranya negeri-negeri tersebut tidak mewartakan, maka dia hanya akan tinggal sebagai satu fatwa yang berbentuk sebagai satu panduan sahaja, yang tidak boleh dikuatkuasakan daripada segi undang-undang.
"Jadi, kalau misalnya beberapa fatwa yang Yang Berhormat sebut, katakan fatwa hal merokok misalnya, kalau di Selangor telah dikuatkuasakan dan diwartakan. Maka kalau orang merokok di Selangor, dikenakan tindakan undang-undang, tetapi kalau di Kuala Lumpur tidak dikenakan. Begitu juga yang berkaitan dengan lesen babi ataupun sebagainya." kata Mashitah menjawab soalan Zailah.Harakahdaily.

2 ulasan:
sebab negara kita ni nama je negara islam, tapi sebab be end khusus nya umnooo tak pernah pun pertahankan agama islam di malaysia ni..semua pemimpin depa tu tak ada asas agama pun.mungkin yang ada sikit hanya pada zahid hamidi je kot,tu pun cam setitik air dari lautan ilmu tuan guru Nik aziz, sian...
hehe tu sebabnya kita pun terlibat ngan krisis ekonomi..pasal punca pendapatan negara hasil haram..BABI..JUDI..KASINO..so xder berkat
Catat Ulasan