26 Mac 2009

Pemilihan Nizar tidak mengejutkan tapi menggerunkan?

PEMILIHAN Nizar sebagai calon PAS dan Pakatan Rakyat di Parlimen Bukit Gantang tidak mengejutkan tetapi sebenarnya menggerunkan Barisan Nasional terutamanya Zambry sendiri. Hari ini dilaporkan Zambry berkata kepada bernama bahawa kononnya pemilihan Nizar tidak mengejutkan.

Majoriti rakyat Negeri Perak tidak berpuas hati dengan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak. Ini kerana kemampuan dan ketokohan Nizar jauh lebih hebat daripada Zambry. Rakyat Perak khususnya di Bukit Gantang pastinya berbangga mempunyai seorang Menteri Besar berkebolehan seperti Nizar. Nizar umpama simbol penyatuan rakyat pelbagai kaum di Perak.

Penolakan Zambry oleh rakyat terbukti apabila diperolokkan dengan laungan "boo" oleh masyarakat Cina disitu, semasa menghadiri suatu majlis di Sekolah Rendah Yuk Choy, di Ipoh.

Zambry pastinya tidak mahu jika rakyat mendapat maklumat sebenar bagaimana kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di bawah Dato Seri Nizar Jamaluddin di rampas. Zambry dan BN tahu jika rakyat mendapat maklumat yang betul, UMNO dan BN pasti akan menerima padahnya.

Walaubagaimanapun rakyat kini mula cerdik mendapatkan maklumat yang sahih, dan tidak hanya membaca maklumat daripada berita arus perdana. Mereka boleh memilih mana yang benar.

Pengisytiharan Nizar sebagai calon, bakal membangkitkan semula memori rakyat kepada kebiadapan UMNO dan BN, apabila merampas Negeri Perak secara haram. Pengundi Bukit Gantang pastinya bijak memilih orang yang sudah terbukti kebolehannya memimpin.

Walaupun 10 bulan suatu jangkamasa yang sangat pendek tetapi pelbagai pembaharuan yang telah dilakukan oleh YAB Nizar demi kesejahteraan rakyat. Selama pemerintahan tersebut membuktikan bahawa rakyat pelbagai kaum Melayu, India dan Cina mampu bersatu dan saling mempercayai.

Penyatuan pelbagai kaum ini yang sangat ditakuti UMNO kerana menimbulkan sentimen perkauman adalah senjata merbahaya mereka untuk kekal memerintah .HAZIQ FIRDAUS

10 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

kalau YAB DS Nizar menang di Bukit Gantang.
pastu menang kes perlembagaan di Perak.
beliau akan menjadi seperti YAB TS Khalid di Selangor.memegang 2 jawatan yang berat dalam satu masa iaitu MB dan MP.
bolehkah beliau memberi tumpuan kepada 2 tugas berat itu dengan berkesan?

inilah persoalan yang ditimbulkan oleh BN/UMNO...

tolong bagi jawapan yang kukuh untuk saya jawap pada orang2 BN/UMNO ni...

Tanpa Nama berkata...

Selamat berjaung Calon n Petugas PR PRK P059
dr kami mahasiswa Universiti Mu'tah Jordan.
doa kami dr bumi Syam, moga ketabahan, kesabaran kalian bdepan dgn kezaliman & kebangsatan mrk d balas dgn Kemenangan Islam & kemenangan Rakyat. Takbir!!

Tanpa Nama berkata...

salam...dah lama tak beri komen bukan ape sibuk..kerja sendiri je ustaz...
memang Ir Nizar menggerunkan..menyatu semua bangsa..melayu..cina..india..arab pun boleh..beri kuliah boleh...mentadbir boleh..jenaka boleh..serius boleh..nak masuk macam orang biasa boleh..nak berucap macam menteri boleh..ilmu dunia akhirat ade..nak khutbah boleh..semue boleh..saya ingat ustaz idham pun boleh jugak...tak de ikon macam ni dalam UMNO..dalam PAS bersepah..takbir...

LAWAN MANA YANG TAK BETUL berkata...

Dulu MB Kelantan TGNA membandingkan zaman bekas Us Asri sebagai MP dan ADUN. Takut tak mampu nak bahagikan masa sebab duduk di KL banyak kali kerana keje2 MP. Tapi sekarang ni dah zaman IT, ada highway, ada kterbang..tak da masalah nak mai Ipoh -KL dalam sehari..
++++++++
Najib dlm ucapan Umno semalam btahu Krisis Perlembagaan ari tu nak memperbetulkan kepada sistem beraja yg lebih baik?
Ceh..dah dilondehkan Institusi Raja..boleh kata mcm tu..

Unknown berkata...

Media Harakah dan Suara Keadilan yang mencerminkan saluran suara rakyat telah disekat. Ini bertentangan dengan amalan dan semangat demokrasi, yang memberi kebebasan bersuara dan memberi pendapat.

Pilihan kita tidak ada lain selain menggerakkan secara besar-besaran media alternatif seperti internet untuk menyampaikan suara rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Pelangi - Biarku Menjadi Lilin

Unknown berkata...

salam.PAS akan menang dengan majoriti melebihi 5000 undi,ini keyakinan saya dalam pemantauan saya diseluruh P059,Insyaallah.....

Tanpa Nama berkata...

buat semua blogger dan ahli tolong jangan dedah kelebihan majoriti yang bakal diperolehi kita telah sedia maklum pepuak tu bertindak mengikut maklumat yang bakal dibekalkan SB kepada mereka,ingat dalam keyakinan menawan peperangan harus ada disana "Diantara Kerahsiaan dan Keterbukaan".strategik mengalihakan perhatian musuh perlu diterapkan dalam pertempuran.musuh punya kuasa eksekutif putrajaya,yang mana pejabat spr kat situ gak,speaker punya power pun depa leh pertikai,apalagi kalo depa leh maklumat ni.kelirukan mereka.kita boleh sebutkan DS Nizar akan menang,brapa banyak dan mcm na,sembunyi,bior depa tercari,bior depa silap banyak

ismel berkata...

semoga PAS menang. kita mahu menang menang menang(pimjam sat kata PAK LAH masa kempen PRK KT yg lalu)tapi P036 KT kalah kat PAS.menang menang menang kite be endkan bn.hoiii.

Tanpa Nama berkata...

Kami menyokong kepmpinan DS Nizar Jamaluddin wlupn kmi dklgn puak UMNO...dia mlksanakn keje dgn elok n baik..kmi akn kucar kacirkn UMNO dr dalam...Hidup Melayu