10 Oktober 2009

LANCAR 1MALAYSIA: NAJIB HINA RAKYAT PERAK

Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (8 Oktober 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan pemilihan Perak sebagai tempat pelancaran sambutan 1Malaysia peringkat kebangsaan oleh Kerajaan Persekutuan yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai sesuatu perkara yang pelik dan menunjukkan bahawa UMNO / Barisan Nasional (BN) telah tertekan dengan suasana yang telah berlaku di Perak ini sehingga terdesak untuk mengajurkan apa jua program besar di Perak bagi mendapat simpati dan ehsan rakyat.

DPPN Pk melihat usaha Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa awal Februari yang lalu sebagai satu penghinaan kepada seluruh rakyat Perak kerana pelancaran sambutan 1Malaysia peringkat kebangsaan pada 18 Oktober ini sebagai satu penipuan terhadap slogan rakyat diutamakan.

DPPN Pk merasakan slogan Datuk Seri Mohd Najib benar-benar mengguris hati rakyat Perak kerana UMNO / BN tatkala ketika beliau menjadi Timbalan Presiden UMNO tidak memberikan keutamaan kepada rakyat yang telah memilih Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun lepas serta menafikan demokrasi yang menyebabkan seluruh rakyat sudah pasti akan menolak UMNO / BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

DPPN Pk menjangkakan dengan pelancaran 1Malaysia oleh Datuk Seri Mohd Najib dengan memilih Perak adalah merupakan satu kesilapan kerana ingatan rakyat Perak masih segar dengan rampasan kuasa yang paling tidak bermaruah UMNO / BN, dan semestinya rakyat Perak akan bangkit untuk menegakkan demokrasi dan juga pencabulan hak mereka di dalam menentukan siapakah sebenar yang telah di beri kuasa memerintah Kerajaan Negeri Perak ini.


DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib sambil senyum berkata kemungkinan akan beli kapal tldm yamg baru jika ada peruntukan.Tak tahulah apa yang nak jadi dengan duit rakyat pulak.

Tanpa Nama berkata...

1 malaysia UMNO samseng, 1 malaysia UMNO rasuah

Raziq Najab berkata...

MEREKA MERANCANG, ALLAH JUA MAHA MERANCANG,
SESUNGGUHNYA ALLAH LAH SEBAIK2 PERANCANG!!!

PERGI JAHANAM DENGAN KEBANGSAAN!

HANCUR UMNO! HANCUR BARISAN!

ALLAHUAKBAR!!!

Tanpa Nama berkata...

duit rakyat didahulukan..

1malaya kena tipu dek jib tuya..

masuksuku berkata...

salam yb
Biar le apa pun dia nak buat..i malaysia ke..2 malaysia ke..berapa malaysia ke...yang penting sudah ada rakyat yang faham kedudukan sekarang..bagaimana penipuan umno terhadap rakyat sekelian...
Jangan hairan nanti di semenanjung sesiapa saja boleh mengundi..nepal ke..bangla ke..afrika ke..sebab perlembagaan amat mudah di ubah dan di tokok tambah...dan kemudian di katakan dipersetujui oleh rakyat dan kabinet semua walaupun beberapa kali sudah berlaku percanggahan antara menteri sebagaimana tercatat di dalam media sebelum ini..
umno sudah ketandusan idea..akal fikiran tiada dah..selama ini pun memang tiada akal digunakan...
apa yang dia nak tipu biarkan dia tipu..sebab ada rakyat yang dah sedar..sementara yang masih tak sedar kita mohon doa kehadrat Allah agar mereka terbuka hatinya untuk menolak umno...
bagi orang orang yang di pergi kan..biar pi la sebab depa dapat duit..dapat nasi bungkus..
hati mereka cuma ALLAH saja yang tahu..
biar dia janji macam macam..kita tahu sebab kerajaan sekarang dah nak muflis..sebab duit di gunakan dan di pakai oleh najib and the gang..
sebab nanti rakyat sekelian yang akan membayarnya...seronok kan..sebab masih tak sedar sedar lagi segelintir daripada kita..
seronoknya najib dan geng meng anjing kan kita semua rakyat perak amnya dan malaysian khasnya..