29 Oktober 2009

Wartawan penuh menunggu mesyuarat khas JK PAS Pusat


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Okt: PAS mengadakan mesyuarat khas AJK PAS Pusatnya jam 8.45 malam dengan dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam ini.

Turut serta di sebelahnya adalah Mursyidul Am yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz tiba ke pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.40 malam. Ia disambut oleh Abdul Hadi dan kedua-dua mereka berbual mesra sambil Abdul Hadi memerhatikan Nik Aziz makan malam.

Abdul Hadi sampai lebih awal dan telah selesai makan malam di situ.

Nik Aziz kelihatan makan nasi berlauk ayam goreng yang disediakan oleh pejabat Agung PAS untuk semua peserta mesyuarat itu.

Di pintu masuk Pejabat Agung, berpuluh-puluh wartawan dan jurugambar menunggu ketibaan para pimpinan PAS itu.

Bagi meraikannya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah memutuskan untuk membenarkan kesemua mereka mengambil gambar pimpinan PAS itu sebelum mesyuarat bermula.

Maka berlari-larilah para jurugambar memanjat anak tangga bangunan PAS itu ke tingkat lima, tempat mesyuarat berlangsung, menggunakan tangga.

Ini kerana, hanya satu lif sahaja yang ada di bangunan itu dan mereka bimbang tidak sempat merakamkan detik bersejarah dalam PAS itu.

Namun, para petugas PAS telah bersedia menghadapinya dan hanya membenarkan mereka masuk mengambil gambar apabila kesemua mereka sudah berada di tingkat 5 bangunan PAS itu.

"Waw ramainya," sungut para pemimpin PAS yang memenuhi Dewan Mesyuarat Utama Pejabat Agung PAS itu apabila jurugambar menyerbu masuk.

Pelbagai ragam mereka mengambil gambar para pimpinan PAS. Yang menjadi fokus adalah Andul Hadi dan Nik Abdul Aziz yang duduk sebelah menyebelah dalam mesyuarat ini.

Mereka meminta kedua-duanya senyum, bersalam, memandang kamera dan sebagainya.

Semuanya dipatuhi dengan baik oleh kedua-duanya di samping timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Mesyuarat ini dijangka selesai menjelang jam 12 malam. Adalah dipercayai satu sidang akhbar akan dibuat selepas itu kerana wartawan penuh di hadapan bangunan PAS bagi menunggu keputusan mesyuarat khas ini.

9 ulasan:

Awanama berkata...

ALHAMDULILLAH.syukur kpd ALLAH.sayu hati melihat TOK GURU bsama pimpinan pas.krana sygkan anak2.sanggup menerima segala ujian yg dtg.sebak pun ada apatah lg prasaan hiba yg amat sngat takkala memahami luahan hati TGNA thadap parti PAS melalui ungkapan kata2 perkatan yg mereka yg fhm shj dpat memahminya pabila membca petikan ayat dlm blod bliau.wlupun sy xbpendidikan tggi apatah lg pakar bhasa.namun sy dpt memahami luahan hati TGNA.indah sgguh perkataan yg diunggkapkan oleh beliau hgga mnyentuh hati sanubari sesiapa yg membacanya.klu ditanya kpd sy.APA YG NAMPAK PD PAS?maka akan sy jwb TUAN GURU NIK ABD AZIZ BIN NIK MAT.sbut saje PAS.TGNA lah yg sy knal tlebih dahulu.mlaikan pmimpin lain.krana TGNA tdak pnah mlupkan konsep pjuangan sbnar dlm memimpin PARTI btunjangkan agama ALLAH.bukan bmaksud barisan pimpinan lain sbaliknya.tp TGNA adalah lain dr yg lain.bg sy TGNA adalah pemimpin cth yg pelu kita kagumi.krna sifat dan syg nya pd parti.sbab itulah beliau mnyatakan sdemikian.klu bleh xnak pisang berbuah 2x.biarlah ia skadar mnjd pengajaran kpd kita semua.memng berat utk menyatakan pendpt dan luahan hati yg sdemikian rupa.tp krn sygkan parti dan ahli2nya yg di ibarat anak2nya dsmping beristkharah sblm membuat kputusan beliau tetap tabah mengharunginya wlupun mndpt tentangan yg hebat dr pihak lawan.harapan sy dgn adanya prtemuan ini maka sgala ksulitan yg dwar-warkan itu akan menemui jln penyelesaian yg tbaik.takbir.

camarputih berkata...

slm..moga segala yang keruh kembali jernih..hikmah ulama' berselisih, ada bnda yg tersirat yg tidak kita ketahui..moga Allah jua yg membalas bg mereka yg memperlagakan kepimpianan ulama' ini.

mat sabung berkata...

kawe balik dli tk thn ngantuk,

cicitHJHASSANu berkata...

alhamdulillah.....terbuka sikit kekusutan.
tapi perlu diadakan pulak EGM untuk Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini.urgent!

Awanama berkata...

kalau boleh ceritalah kebenaran walau ianya pahit sekalipun

Awanama berkata...

Alhamdulillah,

saya sokong TGNA dulu, kini dan selamanya.. mudah2an satu hari nanti bulan berkibar di seluruh pelosok bumi Malaysia..

Awanama berkata...

Kami sokong penuh TGNA, tolak mana-mana pihak walaupun presiden sekiranya masih menyokong dan cenderung kepada UG.

Awanama berkata...

Presiden dan jawatan penting dalam Pas boleh silih berganti tetapi perjuangan sebenar pas hendaklah diteruskan...

paka OILAND. berkata...

alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi sedikit kekusutan semaking terurai.Buat aku yg menyayangi semua kepimpinan PAS,berita sebegini amat ku tunggu. dihrp tiada lg mana2 kepimpinan PAS yg kenyataan melulu dan meyiarkan mana berita atau kenyataan yg difkrkan dpt menimbul kegelisah ahli PAS,berfkr dahulu seblm meyiarknnya.
Saya yg sjk berumur 15th mengikuti perkmbngan PAS dan tak pernah mengotori tgn dgn Undi UMNO,Sangup blik mengundi PAS tanpa mdpt tambang pengangkutan,sebagaimana saya yg menrantau ke negara lain utk berkrj dibidang Oil and Gas,seperti Dubai,Sudan dan Rusia(Shakhalin).
Banyak pengalaman yg saya kutip utk manafaat perjuangan PAS dlm bentuk penulisan yg boleh dijadikan Iktibar pd masyarakat.Akhir kata teruskan perjuangan menentang kezaliman UMNO.Maaf andaikata tulisan seblmnya ada yg menyinggung perasaan.