29 Oktober 2009

Pas Perak minta siasat segera

Sinar Harian.

IPOH - Tragedi jambatan gantung runtuh di Sungai Kampar malam semalam mendapat perhatian banyak pihak, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR), di negeri ini.

Terbaru, Pas Perak menerusi kenyataan media Ketua Penerangannya, Drs Khalil Idham Lim Abdullah, mengutus ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

Menurutnya, Pas Perak turut mendesak agar siasatan menyeluruh dilaksanakan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca sebenar yang mengakibatkan tragedi berlaku.

“Siasatan menyeluruh perlu dibuat terutamanya kepada pihak yang terlibat dalam pembinaan jambatan berkenaan yang dilaporkan baru sahaja siap dibina dua minggu lalu.

“Siasatan ini adalah bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan jambatan berkenaan runtuh selain mengkaji apakah wujud unsur-unsur kecuaian yang melibatkan kualiti bahan binaan yang digunakan bagi membina jambatan berkenaan.

“Siasatan ini juga perlu mengemukakan kelulusan projek berkenaan serta pihak kontraktor yang terlibat selain mengenal pasti bahan-bahan binaan yang digunakan,” katanya.

Difahamkan sejumlah 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah menyertai aktiviti ko-kurikulum Perkhemahan 1Malaysia, anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Sehingga berita ini ditulis, 2 murid dilaporkan hilang dihanyutkan arus deras setelah jambatan yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Kampar berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, runtuh sekitar 10.30 malam semalam.

Sementara itu, Khalil Idham turut mempersoalkan kewajaran menganjurkan perkhemahan di kawasan berkenaan yang terkenal sebagai lokasi penganjuran aktiviti lasak dan tidak sesuai bagi golongan murid sekolah rendah.

Katanya, program berkenaan sewajarnya dianjurkan pada musim cuti sekolah serta dilaksanakan di tempat yang lebih selamat dan sesuai untuk disertai murid berkenan.

”Satu siasatan menyeluruh perlu dilaksanakan segera bagi mengena pasti punca serta pihak yang bertanggungjawab atas kejadian itu,” katanya.

8 ulasan:

TBO berkata...

Salam Ustaz
Nak siasat ape nye bile dah haram semuenye haram dah, hu hu haram di siasat

Awanama berkata...

saman Kementerian pelajaran dan Kerajaan 1 Malaysia kerana program 1 malaysia....

Awanama berkata...

nak salahkan guru besar, pelajar, JKR, kontraktor dan lain-lain kecuali 1 Malaysia! program 1 malaysia, 1 malaysia yang bersalah!!!!

ehem ehem berkata...

kontraktor tu warna biru / hijau ? kalau hijau bolehlah siasat. masuk muka depan utusan.

Awanama berkata...

Runtuhnya jambatan menimbulkan perbuatan UMNO dan BN mempolitikkan pelajar sekolah, Pakatan rakyat bila lagi nak berpolitik dikalangan pelajar??? buat program politik kepada pelajar pada masa cuti!!!

Awanama berkata...

Sejak pilihanraya permatang pasir, diikuti bagan pinang dan sekarang runtuhnya jambatan gantung memperlihatkan UBN mempolitikkan pelajar sekolah...

ehem ehem berkata...

projek jambatan janganlah bagi kpd kontraktor kelas F, bagilah kpd kontrektor besar seperti.. ehem ehem

Awanama berkata...

taksub sgt nk merealisasikan impian najis 1malaysia...apa dah jadi????