29 Oktober 2009

BAGAIKAN DIJANJI - YB HJ NIZAR MENGIRINGI TUANKU RAJA MUDA MELAWAT JAMBATAN RUNTUH


http://misabah.blogspot.com/

Kebetulan atau bagaikan di janji, YB Dato' Seri Hj Nizar telah mengiringi Tuanku Raja Muda Perak melawat tapak berlakunya jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang semalam.

YB Hj Nizar telah berada di tapak jambatan gantung runtuh 2 jam sebelum ketibaan Tuanku. Sambil menunggu ketibaan Tuanku, beliau berjumpa dan bersalaman dengan pihak polis, bomba, pegawai-pegawai dari Kementerian dan Jabatan Pendidikan serta Adun-adun BN yang turut berada di situ.

Beliau sempat memberi pandangan kepada wartawan, polis, bomba, pegawai kerajaan dan yang lain-lain sebagai seorang jurutera profesional betapa silap dan salahnya kontraktor binaan tersebut yang membuat jambatan tanpa menggunakan plan asal yang mesti mempunyai spesikasinya. Beliau percaya kontraktor tidak ikut spesikasi yang sebenar.

Sehinggalah Tuanku tiba, YB Hj Nizar turut menyambut dan mengiringi tuanku sehingga tuanku berangkat pulang. Sepanjang mengiringi tuanku, orang ramai menyaksikan sendiri betapa akrabnya tuanku dengan YB Hj Nizar. Tertolaklah segala tohmahan UMNO BN kononnya Hj Nizar derhaka pada tuanku, mana mungkin orang yang derhaka pada tuanku, boleh bersama tuanku tanpa sedikitpun rasa bersalah atau malu.

Bukan sekali ini, YB Hj Nizar bersama dalam majlis bersama tuanku, sebelum inipun selepas UMNO BN tuduh Hj Nizar derhaka pada tuanku, Hj Nizar tetap menghadiri majlis bersama tuanku apabila dapat jemputan, dan ternyata hubungan tetap akrab dan mesra.

16 ulasan:

miezanz berkata...

biasalah kalau orang dah dengki dengan kita dia akan membuat pelbagai cara untuk menjatuhkan kita termasuklah memfitnah... inilah budaya UMNO!!!!

anak sedara zamri mb berkata...

salam semua
depa tu tak kelahi pun..pak sedara teman yang suruh wartawan tulis gitu..
sebab ape..kalau betul kelahi dah lama teman suruh ambil balik gelaran datuk tu..simpan semule dalam poket ..depa banyak stok..datuk..tun..tan..tin..tabur je mana suka..
dak ehh..dema kawan lagi bebenor..cuma projek depa tak dapat tumpang tui..sebab pak sedara teman pegang lagi weh..

lanunsepet berkata...

DS nizar idola ku....

UMNo lah pengkhianat sebenar, tuanku tak suka talam dua muka mcam UMNO yg hanya mesra bl nak bodek sesuatu.

hidup islam.. semoga DS nizar png umur..diberi kekuatan berjuang.

Awanama berkata...

Nizar tau Raja Muda nak datang sebab tu die datang time Raja Muda turun.. Kalau dia ambil tahu pasal mangsa awal2 lagi die dah turun selepas kejadian berlaku.. Ni Raja Muda nak turun baru die terhegei2 nak turun.. BODEK..

Awanama berkata...

maaf rasa hormat pada raja sudah hilang sejak kes perak ni

kecewa berkata...

raja muda,raja dihilir ,raja dihulu baik lagi rajalingam.rajamanikam dsbnya..hormat ,kasih pada sultan,raja telah lama hilang dari hati kami.....mereka hanya pentingkan perut dan periuk mereka saja..rakyat dipinggirkan...

SuperStarRajinikanth berkata...

itu kita panggil 'the art of politic'...aku dulu masa jadi ketua pemuda,aku pegang SB, Reporter,driver menteri..depa ni yang dok info aku pukui berapa,dimana,bila...jadi..bila depa mai pun kita sentiasa ada..sempoi dak???

Awanama berkata...

utk makluman ..ni dah kali kedua DS Nizar ke tempat kejadian...bukan first time semata2 nak tunggu Raja Muda.

Awanama berkata...

Alahai.. cam pembodek je Ahli DAP+PAS seorang ni.. Dulu sokong.. Sekarang.. Entahlah...

orang klang berkata...

raja nazrin minta pendapat dan komen nizar sebab nizar adalah engineer bertauliah yg memang pakar dlm bidang pembinaan...
kalau dia tanya syeikh zamri kadir alpangkori tu apa yg dia tau,tebar roti canai pun entah jadi entah idak...

Awanama berkata...

aku dah tak respect dah dia ni. malaih nak layan

Mr Sultonic berkata...

hahahahaha .... mankuk punya mamak roti canai. muka hitam x ada cayaha iman langsung. nk termuntah aku tgk zambri almangkuk hayyun ....

ikhqoi berkata...

Camnilah... nk hina, hina tingkah laku dan peel dia... bukan hina tubuh badan org itu.
dari segi ilmu, aku tetap raspek zamry kadir even kalau korang tgok sejarah PAS (di laman web PAS sendiri)-antara sumbe rujukan adalah dari tesis zambry kadir(kalau tak caya buka sendiri).

apa yang kita persoalkan peel zambry bukan batang tubuh zambry. ingat tu

anti sedara zamri berkata...

perbuatan panglima ikhlas dan bukan utk membodek la...

Hafriz Mohamad berkata...

kebenaran akan sentiasa berada di atas..
walau di sorok ceruk bumi mana pon.

Sy doakan, semoga DUN Perak segera dibubarkan.

Salam dr anak kelate.

Awanama berkata...

memang patutlah DS Nizar ada kat sana sbb dia MB yg sah....tak timbul soal nak bodek ke..nak ampu ke....yg haram tu lah yg bodek...hidung tak mancung pipi tersorong2