21 November 2009

Al-Fatihah untuk pejuang PAS DUN Jeneri.

Email : maktar hashim

Hari ini, 19.11.2009 bersamaan 2 Zulhijjah 1430, telah kembali ke rahmatullah seorang aktivis dan tokoh PAS dalam DUN Jeneri iaitu Hj. Hashim Awang atau lebih dikenali dengan panggilan Hj Hashim Gayong, mengikut Hj. Said Kg. Bentong, Jeneri, beliau asalnya batuk-batuk dan muntah lalu terjatuh dan dibawa ke Pusat Rawatan, dan beliau telah tidak sedarkan diri sehinggalah hanyatnya.

PAS DUN Jeneri dan juga PAS Kawasan SIK merasakan kehilangan seorang tokoh pejuang yang banyak berjasa kepada perkembangan PAS di DUN Jeneri dan Kawasan SIK, sepanjang hayatnya beliau adalah bekas Ahli Jawatankuasa PAS MTD Jeneri memegang Portfolio Ketua Keselamatan dan juga adalah juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan SIK. semuga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang siddiqin, syuhada dan solehin. Al-Fatihah


1 ulasan:

armouris berkata...

info tentang batuk kat sini - Peranan dan Komplikasi Batuk