21 November 2009

FA Perak diberi pilihan: mengiktiraf atau melepaskan atau mengemis

http://bumiperak.blogspot.com/

IPOH 19 Nov 2009 Pengurus Pasukan Bolasepak Perak, Ustaz Nor Azli Musa yang dihubungi melalui telefon semalam berkaitan kemelut yang melanda Pengurusan FA Perak kesal dengan kenyataan yang dihebohkan. Perkara ini menambahkan kekeruhan dan bukannya merungkai masalah kewangan Pengurusan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA). Persatuan ini yang dipimpin oleh Presiden Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin mulai November 2008 dilihat menghadapi masalah dan sesuatu yang tak kena dari prestasi merosot Pasukan Perak di Liga Super Piala Malaysia 2009.

Sebenar Persatuan Bolasepak Negeri telahpun dihadapi hutang lapuk yang dihebuhkan itu semenjak zaman Dato’ Seri Tajol Rosli dan beban hutang ditanggung dikatakan mencecah jutaan ringgit. Ustaz Nor Azli, Pengurusan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menjelas pimpinan Nizar tidak membuat sebarang hutang baru atau bayaran tertangguh satu senpun. Berbanding dengan Pasukan Negeri-negeri lain hutang lapuk Pasukan Bolasepak Negeri ada yang mencecah jutaan ringgit malah lebih tinggi lagi.

Nampaknya fahamlah kita Nizar diberi pilihan iaitu memohon melutut mengiktiraf Kerajaan Zambry atau melepaskan pengurusan (PAFA) atau Nizar mengemis mencari dana persatuan. Begitulah yang dapat dilihat dengan pelancaran tabung RM1.00 untuk pasukan bolasepak Perak baru-baru ini.

Sementara itu, Dato Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak juga meminta Kerajaan Negeri Perak mengenepikan ideologi politik demi masa depan sukan bolasepak Perak. Ini dapat dilihat semasa Pakatan Rakyat memerintah telah membantu persatuan dengan lebih RM500,000 ringgit dibelanjakan. Tambahnya, sekurang-kurangnya bantulah sementara ia mampu untuk berdikari sendiri dan mencari penaja. -bp

4 ulasan:

Awanama berkata...

kena usaha lebih ustaz.. insyaallah.. allah sentiasa bersama kita.. jadi pengemis pun tak pa.. yang penting Dato' Seri Ir.Nizar harus memegang jawatan presiden.. kami diluar perak walaupun bukan rakyat perak akan membantu.. Insyaallah.. Semoga berjaya.. Amin

YOP SEJATI berkata...

JADIKAN KERAJAAN KELANTAN SEBAGAI CONTOH
WALAUPUN DISEKAT DAN SUMBER TERHAD KERAJAAN PAS KELANTAN BOLEH BERTAHAN HAMPIR 20 TAHUN
TANPA BERHUTANG SEBALIKNYA MENANGGUNG DAN MENJELASKAN HUTANG KERAJAAN BN...
KEAGUNGAN BOLASEPAK PERAK MESTI DIKEKALKAN
JGN SERAHKAN PENGURUSAN PADA LANUN2 ITU
BIAR BAJET KECIL TAPI BERJIWA BESAR!
KALAH MENANG PERKARA BIASA
YG PENTING BERJUANG ATAS NAMA RAKYAT...

kulaan berkata...

Assalammualaikum ustaz,Demi Maruah Pakatan Islam, Hebahkan Hutang kerajaan BN dahulu,....Semoga Rakyat tahu siapa punya hutang..

Awanama berkata...

ASsalamualaikum...

HEbahkan no akaun selaamtkan pasukan bolasepak perak, supaya anak2 perak, serta penyokong2 PR yg sudi membantu supaya sumbangan boleh dihulur secara online.

Tentang desakan letak jawatan, tak perlulah dilayan sangat. BN buat hutang, kita kambus hutang, namun BN yg menyalak supaya PR letak jawatan supaya mereka boleh buat hutang lagi. BN, Berhutang Noooohhhh....