21 November 2009

Editor Utusan Malaysia Dan PM Menyerah Kalah

Oleh : Zabidie Abas

Kelmarin Editor Utusan Malaysia(EUM) mengambil keputusan menyiarkan foto Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (PM) sedang minum bersama di Dewan Parlimen.

Ia merupakan isyarat besar kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim bukan penjenyah dan penghianat negara.

Ia jelas memperlihatkan EUM tersepit dalam saban hari mengeji-menghina Anwar Ibrahim. Ertikata EUM mengitiraf kewibaaan peneraju utama Pakatan Rakyat.

Pencatat mengerti mengapa PM terpaksa minum bersama Anwar Ibrahim dan membiarkan EUM menyiarkan dimuka hadapan. Ia sudah pasti 'peluru habis, pendamaian jalan penyelamat'.

Jawapan pada istilah gambar tersebut :

Pertama. Seluruh jentera BN-UMNO sudah menyerah kalah pada ketokohan Anwar Ibrahim dan PM 'memberi arahan' usah menyerang Anwar lagi.

Kedua. Pemecatan dua sayap penting MCA , krisis MIC, Gerakan dan PPP. Najib Razak membayangkan BN kian tiada kualiti dan tunduk kepada Anwar Ibrahim.

Ketiga. Walaupun EUM masih menyerang Anwar Ibrahim dan PKR. Namun EUM memberi status enam bintang kepada Anwar Ibrahim.

Keempat. EUM dan Najib razak memberi isyarat Anwar Ibrahim layak menjadi Perdana Menteri.

Kelima. Pada bila-bila masa ahli dan pemimpin UMNO-BN boleh berjumpa dan mendengar ceramah Anwar Ibrahim.

Keenam. BN sudah tiada moral untuk menentang ketokohan Anwar Ibrahim dipersada politik tanahair dan antarabangsa.

5 ulasan:

Awanama berkata...

salam, ini menunjukkan anwar rasional dan seorang berdiplomasi tinggi..

Awanama berkata...

tengok pada gambar tu.. kita sudah boleh menilai ketokohan Saudara Anwar... yang dua ekoq tu.../ alah malas nak cakap... tersengeh-sengeh je boleh lah...

Awanama berkata...

Masa DSAI jadi Ketua Pemuda UMNO, Najib pulak jadi Naib Ketua. Saya masih ingat, Najib bukanlah pandai bercakap dan masih bergantung dengan orang lain jika dalam PC atau temubual. Najib tak secerdik mana sebab itu dia perlukan orang lain untuk mencerdikkannya.

david ahmad muniandy berkata...

Editor Utusan Malaysia Dan PM Menyerah Kalah tetapi peluang untuk menang adalah tinggi inilah salah satu "36 taktik peperangan" orang yang suka menyerah kalah dan merendah diri peluang untuk menang amat tinggi dari orang yang selalu anggap diri sendiri sudah menang, jangan ambil remeh temeh tentang bab ini.



Allah Hu.....

Yob pure.. berkata...

hahaha..tgkla bakal PM kita 2..minum teh pun ada gaya..belum dgr ceramahnya lagi...(teringat 1 laungan keramat ketika DSAI dlm ceramah di permatang pauh)...LAWAN TETAP LAWAN...!!!