21 November 2009

PESURUHJAYA PAS PERAK, ZIARAH MANGSA BANJIR DI BAGAN SERAI

mohd hafez sabri

PAS Perak diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Perak Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain bersama Timbalannya Al Fadhil Ust. Mustapa Shaari, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Ustaz Misbahul Munir Masduki, Pengarah Jabatan Amal Perak, dan beberapa anggota Jabatan Amal yang lain telah melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bagan Serai.

Rombongan PAS Perak disambut oleh YB Ramli Tusin, Adun Semanggol dan YB Husin Din, Adun Selingsing di Pusat Khidmat DUN.Kehadiran rombongan PAS Perak disambut gembira oleh Penghulu Bagan Serai, En. Nawawi bin Mohd Noor di Pusat Pemindahan Banjir SK. Bagan Serai. Mangsa-mangsa banjir kelihatan gembira melihat rombongan PAS Perak bersama ahli-ahli Yang Berhormat melawati mereka.

Di kesempatan itu, Pesuruhjaya PAS Perak, mengambil kesempatan memberi sumbangan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, beliau juga menggesa agar penduduk yang menimpa musibah ini sentiasa bermohon kepada Allah SWT, agar dimudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian dari Allah SWT ini.

1 ulasan:

Awanama berkata...

syabas pas perak!!! walaupun dengan serba kekurangan pas perak mampu mendekati rakyat perak yang dalam kesusahan. InsyaAllah dengan niat baik pemimpin pas perak ini akan membuka mata dan hati rakyat perak.. Takbir