03 November 2009

PESURUHJAYA PAS PERAK : RAKYAT LEBIH MEMAHAMI ISLAM DI BAWAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT.

Email : mohd hafez sabri

Melayu dan Islam sememangnya suatu yang sinonim di Malaysia. KeIslaman bangsa Melayu di Tanah Melayu dapat dilihat melalui peristiwa keIslaman Parameswara. Malah, penemuan batu bersurat di Tanah Melayu menunjukkan Islam telah lebih awal sampai di Tanah Melayu.Justeru itu Negeri Perak juga pada suatu ketika dahulu pernah mengamalkan undang-undang Islam iaitu Undang-undang 99 Perak. Jelas Usatz Abu Bakar Hussain Pesuruhjaya PAS Perak, Menurut beliau lagi, Islam telah lama bertapak hasil daripada kerja dakwah berterusan para pendakwah Islam di seluruh dunia. Demikian menurut jelas beliau mengulas mengenai sejarah Islam di Malaysia, di Perak khususnya.

Menurutnya lagi, PAS ialah gerakan Islam tunggal di Malaysia yang menggerakkan jihad siyasi (politik), menggunakan wadah berpolitik untuk berdakwah. Gerakan memperjuangkan Islam yang tidak pernah putus sejak sebelum merdeka, telah didaftarkan secara rasmi menggunakan
medium sebuah parti iaitu Parti Islam SeMalaysia mengikuti kehendak kerajaan untuk memberikan lebih ruang untuk menggerakkan dakwah Islam di Malaysia. Selain itu Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyatakan bahawa segala hasil daripada gerak kerja Islam yang dilakukan oleh PAS selama ini, rakyat dapat melihat dan mengenali ajaran Islam yang sebenar yang dianjurkan oleh Islam. Sebaliknya rakyat semakin keliru melihat model Islam yang dianjurkan oleh UMNO dan hasil daripada itu menyebabkan rakyat semakin jauh dari memahami Islam yang sebenar. Menurut beliau lagi Hasil daripada dakwah yang dibuat oleh gerakan Islam PAS ini, kita dapat melihat bagaimana bukan sahaja masyarakat Melayu yang dapat memahami kebaikan dan kehebatan Islam, malah masyarakat bukan Melayu yang bukan Islam juga dapat memahami Islam yang sebenar.

Menurutnya lagi, di Perak khususnya, kita dapat melihat bagaimana sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat selama 10 bulan, ADUN PR yang bukan Islam dapat memetik beberapa terjemahan ayat al-Quran yang mana mungkin ada di kalangan orang Islam yang belum pernah terfikir menggunakan ayat itu dalam kehidupan. Malah, ada di kalangan ADUN PR yang bukan Islam mampu membaca ayat al-Quran, selain itu kita juga dapat melihat bagaimana kaum bukan Islam semakin memahami ajaran Islam sebenar yang diterjemahkan dalam perjuangan PAS, kaum bukan Islam juga dapat mempelajari sedikit sebanyak ajran-ajaran Islam serta jiwa
mereka semakin tertarik untuk memahami ajaran islam .

Memetik ucapan beliau ” PAS melihat perkara ini sebagai peluang untuk melebarkan dakwah Islam, yang menjadi asas pergerakan PAS. ”Kita melihat ini perkembangan yang baik buat Islam, dan kita tidak menghalang masyarakat mengenali Islam secara lebih dekat”, katanya.

Mengulas mengenai UMNO, Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan bahawa, masyarakat kini semakin keliru dengan Islam bawaan UMNO. Asas pergerakan yang tidak berpaksikan Islam dan hanya berdasarkan materialistik semata-mata, menyebabkan rakyat semakin tidak berminat kepada Islam. Doktrinasi yang dibawa mereka seperti Islam Hadhari, 1 Malaysia menyebabkan rakyat keliru dan mempersoalkan kredibiliti kepimpinan tertinggi UMNO yang dilihat tidak konsisten di antara seorang pemimpin dengan yang lain. Menurut beliau lagi, masyarakat Melayu yang suatu ketika dahulu kuat pegangan Islamnya, kini semakin ramai yang tidak memahami Islam secara sempurna di bawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional dan UMNO hanya mementingkan pembangunan semata-mata tanpa mempedulikan agama lagi,”

Selain itu, beliau juga menyelar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional kerana sudah 52 tahun memerintah, tetapi rakyat semakin fobia dengan ajaran Islam. Mereka hanya menggunakan Islam untuk mengekalkan kuasa politik, sedangkan PAS menggunakan kuasa politik untuk mengekalkan Islam”, katanya lagi menerangkan mengenai perbezaan Islam bawaan UMNO
dan PAS.

11 ulasan:

lebaiJan berkata...

Islam tak pernah membenarkan umatnya mencaci,kecuali Islam yg dibawa nik aziz pd ahli PAS..sbb tu rakyat menolak Pakatan Rakyat

PeNgEmiS dUniA berkata...

sokong tok guru!!!no ug!!

Awanama berkata...

Gunakanlah sebaik-baiknya persahabatan antara parti PAS dan DAP/PKR untuk meluaskan dakwah Islam kepada org2 yg bukan Islam. Dakwah tidak semestinya melalui perkataan(lidah)sahaja, tetapi juga melalui perbuatan kita.

PeNgEmiS dUniA berkata...

say no to UG!sokong TG

Awanama berkata...

Bengong mu Lebaijan. Kalau ada maksiat depan mata, senyum je. Tak payah caci.
Kalau pemerintah ambil rasuah. Jangan marah. Ucap terima kasih kerana memBODOHkan Melayu.

Raziq Najab berkata...

lebaijan tu daripada surau ke kelab dandut?
... mudah2an cepat sedar dari kegelapan.

Pergi jahanam dengan kebangsaan
Pergi jahanam dengan Umno / Barisan

Awanama berkata...

Sebab tu kena banyak mengaji.. belajar politik Islam. lebaijan jangan dok dalam masjid je kena belajar kat pondok2 pengajian Islam bukan setakat tau hukum solat haid & nifas ...

hamidcrest berkata...

lebaijan..malula sikit pakai jer nama lebai-lebai tapi tak macam lebai pun aku nampak. awat hang ingat islam benarkan rasuah yg dibawa oleh pimpinan nyanyok UMNO tu ka? tu belum hal bubar dun lai.. UMNO rogol dan liwat undang-undang yang UMNO reka sendiri..

PeNgEmiS dUniA berkata...

say no to UG!sokong TG

ibnumohd berkata...

dulu DAP tgk PAS macam musuh,tapi sekarang dah berkawan baik,pemimpin DAP siap boleh baca al-Quran untuk kuatkan hujah dalam ceramah,pernah pemimpin MCA yang berkawan baik dengan UM NO buat camtu?-untuk ingatan,orang bukan islam xsalah untuk baca Quran,sebab Quran diturunkan oleh Allah untuk panduan manusia mengenal Allah

ibnumohd berkata...

Lagi satu,saya selalu pakai kopiah,memang dari kecik,sebelum ni orang cina dan india xpandang pun pada orang pakai kopiah,klu tgk pn dengan muka masam,tapi sekarang,lepas PAS bertahaluf dengan DAP,orang bukan islam siap angkat tangan lagi,macam sahabat lama,syukur Alhamdulilah..