03 November 2009

Jais dibidas, tiada pertuduhan!

GOMBAK, 2 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin membidas sikap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana tidak profesional, sambil lewa dan memungkiri janji apabila tiada wakil atau pendakwa daripada Jais yang hadir ke Mahkamah Syariah sebentar tadi.

Beliau yang dibebaskan oleh pihak mahkamah tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan menyifatkan Jais tidak wajar memperlakukannya seperti itu sehingga menyusahkan pelbagai pihak.

Berita sebelum ini:

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin akan menunggu di Mahkamah Syariah sehingga jam 1 petang nanti untuk menunggu pertuduhan ataupun dokumen berkaitan difailkan ke atasnya.

Sebelum ini, Dr Asri yang tiba di mahkamah sejak jam 9 pagi tadi diberitahu tiada pertuduhan difailkan.

Demikian siri episod tangkapan terhadap Dr Asri yang dianggap aneh oleh pelbagai pihak hari ini apabila diberitahu bahawa tiada pertuduhan atau dokumen berkaitan difailkan pagi ini.

Dr Asri dilihat tiba pada jam 9 pagi tadi kerana diarahkan untuk hadir di mahkamah atas alasan secara lisan oleh pihak Jais bahawa beliau mengajar tanpa tauliah.

Dalam kejadian malam tadi,beliau ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Namun,Dr Asri yang ditahan tengah malam tadi telah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi ini.

Di pekarangan mahkamah pagi tadi, Dr Asri menbidas sikap pihak berkuasa dan pendakwa yang tidak hadir lagi sehingga kini.

"Mereka tangkap saya dulu baru tuduh. Tetapi mahkamah kata belum ada apa-apa pertuduhan lagi. Saya pun tak tahu sebab apa nak datang sini

"Pihak Jais yang bagi arahan, tetapi saya nak tahu 'tangan ghaib' siapa di sebaliknya,"tegas Dr Asri.

Menurutnya, tindakan tidak profesional ini menyebabkan membuang masa beliau, para penyokongnya, termasuk wakil-wakil rakyat (Saari Sungib dan Zuraida Kamaruddin) dan wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.Turut kelihatan di pekarangan mahkamah yang memberikan sokongan kepada beliau adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Hj Ghazali, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani, Marina Mahathir dan Zainah Anwar (SIS).

Ketika ini, Dr Asri berada di luar mahkamah dan sedang berbincang dengan wakil NGO dan wakil-wakil rakyat.

Beliau difahamkan akan bertemu dengan Datuk Jamil Khir sebentar lagi.

Hampir 100 orang hadir untuk memberikan sokongan kepada beliau termasuk puluhan wartawan.

11.00 pagi: Ketika ini, Dr Asri sedang menunggu di dalam Mahkamah Syariah dan beliau berkata akan menunggu pertuduhan sehingga jam 1 petang nanti.

1.00 petang:Dr Asri sebentar tadi dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan dengan jaminan pihak mahkamah.

Menurut beliau, semasa ditemui wartawan, penantian (menunggu pendakwa dan wakil Jais) adalah sesuatu yang sia-sia.

Beliau juga mengkritik Jais kerana tidak hadir untuk memberitahu jenis pertuduhan ke atasnya dan mempersoalkan kenapa badan agama itu memungkiri janji sedangkan beliau telah menunggu sejak jam 9 pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa ada perjanjian antara pihak peguam dan mahkamah bahawa mereka boleh dipanggil bila-bila masa atau sebaliknya.

Bertanyakan sebarang tindakan lanjut di pihaknya, beliau memberitahu, pihaknya akan merujuk kepada peguam.

Dr Asri kini akan menuju ke Hotel Putra, Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Datuk Jamil Khir dan selepas itu satu sidang media akan diadakan. Harakahdaily/-

16 ulasan:

Syawal Ipoh berkata...

Adda puak akan gembira dan ada yang sebaliknya dgn penahanan Dr MAZA ni.
Isu wahhabi antara yang akan menjadi bualan.
Padahal, wahhabi itu sendiri pun masih ramai yang tak faham. Masih menghentam kromo.

Beza pendapat pun dituduh wahhabi...dalam beberapa perkara laa...

Elok perkara ni diselesaikan secara bijaksana sessama yang ahli...

Yg bertelagah tu pun bukan ccalang2 org...mereka alim belaka...cumanya org bawah bawah mcm kita ni yg terlebih semangat sikit...

kalau boleh dibahas secara ilmiah kan bagus...
bentangkan apa masalahnya, apa silapnya, apa khilafnya...

Jgn main tangkap je...

tak kisah la Dr MAZA tu PR atau UMNO BN...
pendapat dan pandangan kritisnya sangat berguna pada kita walaupun pahit kadang kala tu...

Unknown berkata...

jgn2 pas yg menjaga exco agama dan menjaga jais dipersalahkan dlm hal ini sudah hehehe

Tanpa Nama berkata...

Salam,

tangkapan tanpa tauliah mmg kurang sesuai, sperti kes larangan trhadp ulama bg ceramah di selangor dulu.

jika Dr Asri menimbulkan perkara kontroversi sprti menghukumkan 'khurafat' kepada pndapat Imam Nawawi ttg saf kanak2 di belakang jemaah sdngkan ia skadar prkara cabang agama, ini kelihatan memang berat dan akan mencelarukan masyarakat..

...maka, jika benar ini kenyataan Dr Asri termsuk hal2 cabang2 agama yg lain, pihak berwajib lebih molek mengadakan pertemuan utk dptkan pnjelasan brbanding tangkapan.

Jika tidak, akan jadi isu seperti sekarang,hasilnya, masyarakat lebih marah kpd jais dan jabtan agama yg ln

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni,mmg sah kerajaan PR slgr akan dihentam dan dituduh menyekat dakwah.Wlaupn MB xde kuasa atas jais..Sah,mmg ade tgn ghaib buat keje...Exco agama akan dipersalahkn,biarpn dia xde kuasa memecat atau melantik pengarah jais...Banyak lg hal patut jais dahulukan...

AWAS!!! Ada golongan akan menangguk di air keruh,mereka juga tidakn mengaku mengeruhkan air tersebut...

-saddamalaya-

Musa Mohamad berkata...

btl 2 syawal....ambe sokong

siti berkata...

Satu cabaran dalam perjuangan, Jab Agama perlu dibersihkan daripada kejumudan...

Tanpa Nama berkata...

ceramah yg tersorot cam tu krn nak luaskan pengaruh wahabinya ya syeikh...
JAIS dah siasat lame dah...sblm nipun JAIS dah utus surat suh dia mbik tauliah,biasa la tu undang2..agama bwh Duli Tuanku..dah undang2 gtu npe nak langgar...
dulu di tmn sri ukay dia mngajar kat Surau Muhajirin tp masyarkt n ajk tak stuju krn terlalu agrresif dan cepat membidahkan org. Adakah zikit lepas solat itu haram n boleh masuk neraka ke kita kalau zikit lepas solat? kalau borak ksong tak pulak bidaah yer>? masya Allah...

Tanpa Nama berkata...

same2 kita berjuang dan membangun bersama AQIDAH AHLUL HAQ AHLU SUNNAH WAL JAMAAH...
SAY NO TO WAHABBI yg berlandaskan aqidah mengikut akal fikiran yg senang mengumpamakan Allah seperti makhluk!
sesungguhnya Allah itu menyalahi benda2 baru(makhluk ciptaanNya)!
mane mgkin kita boleh samakan Allah itu turun ke langin ke tujuh sama dgn Makhluk turun dari mmbar khutbah?(antara kalam Ibnu Taimiyah)

Tanpa Nama berkata...

... rasanyalah ada konspirasi dalam kes ini. Paling ketara adalah melagakan PR dengan Ustaz Asri kerana berdasarkan kenyataan Najib pagi tadi bahawa kerajaan persekutuan tidak terlibat semuanya adalh tindakan kerajaan negeri Selangor (JAIS le tu)dan beliau seolah-olah nya adalah penyokong ustaz Asri. Wallahua'lam..

farid berkata...

Salam Encik Syawal.

Apa duk merapu isu wahabi ni plk? Org duk cite len hang duk cite lain. Macam hang pulak yg timbulkan isu ni.

Yg penting, elakkanlah buruk sangka yer.

david ahmad muniandy berkata...

Senarai NGO Islam yang menentang Dr Asri jadi Ydp YADIM

NGO NGO Islam yang menentang perlantikan Dr. Asri jadi YDP YADIM.

Tak payah nak pikir jauh-jauh banyak tu NGO NGO Islam yang berwibawa.. kalau korang sokong gak Dr. Asri...aku tatau la..nak cakap apa..korang lagi Alim dari alim ulama yang tersenarai kat bawah tu

Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong Kenyataan Media/Respon ini :-

1. Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM)
2. Pertubuhan Muafakat Sejahtera (MUAFAKAT)
3. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajat Islam Malaysia (PKPIM)
4. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
5. Yayasan Jenderami
6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
9. Persatuan Ulamak Malaysia (PUM)
10. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
11. Yayasan Paksi Kedah
12. Persatuan Ulamak Kedah
13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
14. Persatuan Ulamak Wilayah Persekutuan
15. Institut Pengajian Tradisional Islam
16. Khalifah Institut.

Tanpa Nama berkata...

ni satu lg lakonan dr 1malaysia nk mnghuru harakn selngor...tujuannya hnya nk rmps balik slngr tu...huru harakn...laga lagakn...keruhkn suasana....tngguk d air keruh...
kan..kan..kan..?

Tanpa Nama berkata...

Ye lah, semacam konspirasilah pulak, DS NAjib dah buat komen semacam membela Dr Asri dan cuma meraih sokongan dari isu ini. Pimpinan PAS belum berkata apa2 lagi.

WARRIOR berkata...

Bab Dr Asri tu bole kita cerita kerana kepentingan politik, konspirasi dll. Tapi apa cerita Dr Xavier beri ceramah DALAM masjid di Klang? Mulia sangat Dr Xavier atau agama Islam ni bole dipermainkan demi politik?

masuksuku berkata...

salam yb
saya ada satu cerita tentang JAIP..perak punya..
di satu taman dibatu gajah berlaku tangkapan khalwat dimana satu suami yang menghantar isteri dan anak balik kekampung semasa cuti sekolah.(a) untuk suami itu..kawan dia juga married man telah membawa satu gadis bawah umur yang cukup cun kerumah itu.(b) untuk kawan tersebut.
jadi si a dan si b memakai budak tersebut siang dan malam ikut turn..sampailah sesudah beberapa hari dikesan oleh jiran yang berhadapan..sebab bila kereta a masuk lampu akan di padamkan..si perempuan menyusup masuk dan barulah lampu porch dinyalakan..
bila di kepung si a berjaya meloloskan diri sementara perempuan berlari ikut pintu belakang..dapat di tangkap..
dalam masa yang sama si b baru sampai dengan motorsikalnya di rumah tersebut..si a cabut dgn keretanya..
setelah di desak dan di ajar sikit si b mengaku dan cerita hal yang sebenarnya..
penduduk panggil pihak JAIP...
INI LAH JADI CERITANYA..PIHAK jaip MEMPERSOALKAN TINDAKAN TANGKAP TERSEBUT..dengan ertikata lain..salahpenduduk menangkap pasangan terbabit..penduduk terus meminta pihak Jaip datang..jaip cakap kena ada polis baru boleh..ada tauliah tak yang tangkap..
di pendekan cerita penduduk bawa pasangan ke balai polis bt gajah..dan hampir 3 jam kemudia barulah pihak jaip satu van datang..
penduduk ingatkan lebaiyang datang rupanya majoriti budak udak muda yang berpakaian jean koyak dan round neck t shirt yang datang..dengan gaya sombong..takda lambang penguatkuasa ugama langsung..
dan yang hairannya..kes tersebut di mansuhkan tanpa apa apa tindakan..dgn campurtangan satu ADUN BEE END..di mana kedua duanya dibebaskan tanpa sysrat.
apa kata pihak JAIP

Tanpa Nama berkata...

Kerja macam SPRM dan Kes anwar rancangan UMNO!!!