03 November 2009

Jais dibidas, tiada pertuduhan!

Terkini 11.00 pagi: GOMBAK, 2 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin akan menunggu di Mahkamah Syariah sehingga jam 1 petang nanti untuk menunggu pertuduhan ataupun dokumen berkaitan difailkan ke atasnya.

Sebelum ini, Dr Asri yang tiba di mahkamah sejak jam 9 pagi tadi diberitahu tiada pertuduhan difailkan.

Demikian siri episod tangkapan terhadap Dr Asri yang dianggap aneh oleh pelbagai pihak hari ini apabila diberitahu bahawa tiada pertuduhan atau dokumen berkaitan difailkan pagi ini.

Dr Asri dilihat tiba pada jam 9 pagi tadi kerana diarahkan untuk hadir di mahkamah atas alasan secara lisan oleh pihak Jais bahawa beliau mengajar tanpa tauliah.

Dalam kejadian malam tadi,beliau ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Namun,Dr Asri yang ditahan tengah malam tadi telah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi ini.

Di pekarangan mahkamah sebentar tadi, Dr Asri menbidas sikap pihak berkuasa dan pendakwa yang tidak hadir lagi sehingga kini.

Menurutnya, tindakan tidak profesional ini menyebabkan membuang masa beliau, para penyokongnya, termasuk wakil-wakil rakyat (Saari Sungib dan Zuraida Kamaruddin) dan wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.Turut kelihatan di pekarangan mahkamah yang memberikan sokongan kepada beliau adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Hj Ghazali, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani, Marina Mahathir dan Zainah Anwar (SIS).

Ketika ini, Dr Asri berada di luar mahkamah dan sedang berbincang dengan wakil NGO dan wakil-wakil rakyat.

Beliau difahamkan akan bertemu dengan Datuk Jamil Khir sebentar lagi.

Hampir 100 orang hadir untuk memberikan sokongan kepada beliau termasuk puluhan wartawan.

Ketika ini, Dr Asri sedang menunggu di dalam Mahkamah Syariah dan beliau berkata akan menunggu pertuduhan sehingga jam 1 petang nanti. Harakhadaily/-

5 ulasan:

zackeye berkata...

Macam mana nak buat tuduhan? Hakim nak tuduh Mufti dan mufti ada PhD lagi. Nak begi lekat kes pun susah dan sudah tentu bekas mufti akan sediakan hujah yang kukuh. Kalau betul nak tuduh panggil polis tuduh bawah peraturan perhimpunan haram macam mereka selalu buat.

Awanama berkata...

alah asri nie dok buat drama WAHABI plk!!!!

da laa ckp puasa sunnat x da, doa lepas solat x da!!! nie semua reja asri laaa

awak dah jatuhkan aib keluarga rasulullah, awk dpt laa balasan!!!

laknatullah wahabi...

Awanama berkata...

Pandangan Dr Asri dlm isu-isu agama tidak selari dengan "ulama-ulama" arus perdana. Mungkin itu antara sebab beliau ditahan. Setahu aku TG Hj Hadi adalah antara idola beliau waktu zaman persekolahan dulu.

fexal berkata...

komen nbr 2 ni..komen bangang tak dak akhlak..selidik dulu betul-betul dalami dulu dulu betul.mcam bagus...khak ptuih..
sememangnya mufti yang berani menegur kerajaan akan di tunggu masa untuk di beri balasan kerana lantang menegur mereka..nak harapkan mufti lain...semua tak berani nak tegur..yang tahu angguk jer ape kerajaan buat...jadi mufti agama yang batil bkan yang hak...sekarang ni jais tengah berbincang nak buat pertuduhan apa....takut kena su balik..ha ha

Awanama berkata...

nanti tengok la 2-3 hari lagi akan keluar teori-teori mengarut nak perlagakan PAS Selangor berkait dengan penangkapan Asri ni,

Ada ka logik asri ditangkap oleh 30 orang penguatkuasa JAIS, 15 buah kereta polis datang kat rumah tu dan wartawan semua dah standby. apa maknanya tu?

Dan pencetus teori tu nanti pastilah Unit Perang Saraf BN. apa Unit Perang Saraf kita buat?