25 Disember 2009

AJK MASJID: PERSEMBAH BUKTI PENJELASAN KEPADA RAJA MUDA PERAK

7 Muharram 1431H

Kenyataan Media (23 Disember 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) akan memberikan penjelasan berkaitan tuduhan dan dakwaan Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak sepertimana yang dinyatakan di dalam blognya (http://khusairitgma lim.blogspot. com/) jika diperkenan sembah mengadap Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIMPk).

DPPN Pk amat kesal kerana semua tuduhan dan dakwaan tersebut kerana ianya tidak pernah diadukan atau dilaporkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) atau pun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIMPk). Persoalannya kenapakah tuduhan dan dakwaan tersebut dibuat sekarang, adakah kerana ingin memastikan semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid mesti berpihak kepada UMNO sahaja. Ini jelas membuktikan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak isu seperti ini tidak pernah timbul kerana perlantikan AJK Masjid telah diserahkan kepada yang berhak dalam kariah atau jamaah kampung itu sahaja tanpa campur tangan politik.

DPPN Pk menunggu peluang dan ruang yang ada untuk memberikan penjelasan kepada Raja Dr Nazrin Shah jika diperkenan merafak sembah nanti. DPPN Pk tidak mahu semua tuduhan tersebut tanpa memperjelaskan kedudukan sebenar dan hanya berpihak satu pihak sahaja. DPPN Pk menuntut keadilan di dalam perkara ini kerana PAS tidak pernah menjadikan Masjid sebagai gelanggang politik sepertimana yang telah didakwa oleh Dato’ Khusairi. DPPN Pk juga ingin menasihati Dato’ Khusairi supaya tidak cepat melenting dan menfitnah PAS bila setiap kali mendapat teguran tentang ajaran Islam sebenar dari mimbar-mimbar Jumaat dan penceramah-penceramah di Masjid.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

3 ulasan:

Awanama berkata...

perangai Umno memang mcm tu.sebab bila mimbar berbicara,terkena kt depa.
umno berani cakap melalui media jer. ajak debat..takut.
hari ini KPUmno tolak debat.alasan: sia-sia. bukan sia-sia tapi memang takut. Ketua Pemuda Umno mana ngaji tinggi. SPM jer. orang Talang pun tau.mana pernah berdebat...

Awanama berkata...

Salam

saya juga boleh menjadi sebahagian saksi dalam isu2 Perlantikan jawatankuasa masjid..

Sebab saya inginkan kebenaran ini terungkai siapa sebenarnya yang memutar belitkan fakta dan menyembunyikan kaedah2 pemilihan ini..

Mantan Setiasusaha & AJK Masjid
Disember 2005 - March 2007
Masjid Al-Khairiah Batu 10 Lekir
32020 Sitiawan
Perak

Awanama berkata...

Cabaran demi cabaran setiap hari. Bersabarlah orang2 PAS. Satu hari nanti pasti kita akan nampak kejayaannya. ALLAH berfirman : "Bersama-sama Kesusahan itu ada Kesenangan" Yang paling penting...perjuangan kita mestilah IKHLAS dan jangan kita berputus asa memohon kepada Allah S.W.T.. dari hamba Allah yang mualaf...