08 April 2010

Konvensyen BN, wakil MCA bertindak keluar dewan

Usaha Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam, hari ini menerima tamparan apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.

Antaranya, hanya lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.

“Konvesyen itu dianjurkan oleh BN, jadi menyanyikan laguUmno tidak mencerminkan semangat BN dan juga 1Malaysia,” kata Song lagi.

Selain itu, katanya, hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama. Mereka termasuk Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar, Shafei Abdullah dan seorang lagi.

Tiada tetamu ataupun pemimpin parti komponen lain yang dijemput ke pentas utama.

Menurut Song apa yang menghangatkan lagi suasana ialah ketika ucapannya, Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu.

Menurut Noh, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan.

Noh Omar juga memetik ucapan daripada presiden keempat MCA, Tun Tan Siew Sin dan presiden kelima MIC, Tun VT Sambathan pada zaman era tahun 1960an yang memuji Umno kerana memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu.

Song berkata bahagiannya menganggap ucapan Noh itu satu penghinaan kepada masyarakat Cina dan India di negara ini.

Di sebalik memulaukan sebahagian besar aktiviti konvensyen itu, Song dan ahli-ahlinya akan kembali petang ini untuk menghadiri pelancaran kempen 'BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN dan Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13.

Sementara itu, setiausaha agung MIC, S Murugesan juga melahirkan rasa kurang senang kerana tiada pemimpinnya diletakkan di pentas utama.

"Nampaknya mereka seperti tidak menghormati kami,” katanya.

Bagaimanapun katanya, aduan sudah disampaikan kepada pengerusi penganjur, Mohd Zin yang berjanji memperbetulkan keadaan.

"Mereka telah meletakkan kerusi tambahan di pentas dan berjanji kepada saya bahawa lagu Umno tidak akan dinyanyikan pada sessi petang apabila Perdana Menteri, Najib Razak tiba.

"Jadi buat masa ini, saya tiada masalah,” katanya. Malaysiakini/-

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berita yang dipetik dari laporan Malaysiakini ini adalah satu pendustaan. Besar kemungkinan wartawannya tidak berada di tempat kejadian pun.

yang keluar untuk menghisap rokok adalah... lagipun kalau semua lagu dinyanyikan, sampai bila nak abis... banyak parti yang jadi komponen BN tuh.

Rasa-rasanya elok YB siasat terlebih dahulu kerana saya yang berada di sana, tidak melihat pun peristiwa yang digambarkan oleh Malaysiakini ini.

Jangan mudah bagi peluru kat musuh untuk tembak kita balik!

C++ berkata...

Hahahaha... kan dah kantoi... UMNO memang kuat rasis dan perkaumannyer... hahaha... sama macam PERKASA .... hahaha

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha Drama sudah mula

Ledang72 berkata...

Ala yg MIC gan MCA tu nak buat apa lg tunggu kt BN tu, korang tak dpt apa2 pn klu harap BN menang nnti. skrg pun dia dah ckp mcm tu, klu dia mng lg lah dia berlagak, umno gan budaya samseng ni mcm lagu gan irama, tak boleh dipisahkan. Bodo punye umno

Tanpa Nama berkata...

UMNO kan parti org melayu, memang munasabahlah ia perjuangkan agenda org melayu. Kenapa MCA dan MIC nak melatah sedangkan mereka juga parti berasaskan kaum. Akai ada mulut ada hentam balikla..

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama yang kat atas sekali tu pandai pulak nk backup org umNO ni..dah terang2 diorg keluar dewan, tau la puak2 sane pempuan pn isap okok. kata "saya yang berada disana"..celah mana hang duduk? atas bumbung kot? tak baca BERITA HAIRAN yang selalu hampa baca tiap2 hari tu?

Bagaimanapun, 15 anggota perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu kerana menganggap ucapan Noh itu satu penghinaan kepada masyarakat Cina dan India di negara ini. - Berita Hairan

lagi mau nak backup..cakap tak pakai akai..

puspawangi berkata...

Banyak cakap banayk silapnya teapi kalau tak bercakap pulak..