15 Mac 2011

Lelaki OKU rentung, kereta terbakar

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) rentung selepas kereta dipandunya terbabas dan terbakar di Lebuh Raya Kajang Silk, semalam.

Pemangku Ketua Trafik Selangor, Deputi Superintendan Ismail Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, kereta dipandu S A Vimalan, 26, terbabas dan hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.

“Akibat rempuhan kuat, kereta terbabit terbakar dan mangsa gagal keluar daripada kenderaan itu. Mangsa rentung dalam kereta.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Menurutnya, kereta dipandu mangsa dipercayai dari arah Semenyih ke Kajang, sebelum terlibat kemalangan.

Sinar Harian/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kebelakangan ini banyak sangat kes kereta terbakar? YB wajar mengusulkan perkara ini kepada MP-MP untuk disiasat punca kekerapan kemalangan jenis ini di Parlimen.

Tanpa Nama berkata...

RON 95 untuk orang rakyat miskin dan OKU..Hidup Malaysia!