04 Julai 2011

Guru silat jangan campur isu politik- Cikgu Majid Mat Isa

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Guru Utama Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia, Cikgu Majid Mat Isa hari ini menyeru pertubuhan silat tidak mencampuri urusan politik demi menjaga nama baik persilatan.

Seruan itu dibuat Cikgu Majid respon kenyataan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Ali Rustam yang mengancam melakukan kekacauan seperti ’13 Mei 1969′, jika himpunan Bersih 9 Julai ini diteruskan.

Ali Rustam dipetik membuat kenyataan itu bersama pengasas Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju pada satu sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru 2 Julai lalu.

Omardin sebelum ini turut mengancam akan mengerah pesilat dari perguruannya untuk ‘bertempur’ dengan peserta himpunan aman Bersih jika ia diteruskan.
Menurut Cikgu Majid, beliau sendiri mengambil pendirian yang berbeza sama sekali dengan Ali Rustam dan Omardin.

“(Ali Rustam) dia memang tahu dia ahli politik. Kalau boleh dia mahu orang silat semua sokong dia. Kita orang silat terdiri daripada pahlawan-pahlawan Melayu bukan orang politik.

“Silat dahulu dimulakan oleh Hang Tuah lima bersaudara dan kemudian diteruskan oleh pendekar seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, dan Tok Gajah untuk membela tanah air daripada musuh luar.

“Tetapi hari ini, jangan campur politik dan persilatan,” katanya.
Malah, tambah Cikgu Majid lagi, beliau sendiri mahu pun mana-mana wakil Silat Gayung Pusaka tidak pernah menerima sebarang notis tentang mesyuarat Sabtu lalu.

Sewaktu ditanya samada pendirian Omardin yang memberi amaran kepada Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga mewakili pendirian kesemua pendekar Melayu, Cikgu Majid menegaskan Omardin bercakap mewakili dirinya semata-mata.

“Masalahnya, dia ikut pendapat dia seorang sahaja. Malam kelmarin saya dah sebutkan dalam blog yang kita persatuan silat jangan campur.

“Kita bukan nak bergaduh dengan Cina, Melayu, atau India. Kita tak hormat orang yang mahu berbangga-bangga dengan ilmu silatnya,” kata Cikgu Majid.

Beliau juga berpendapat bahawa Omardin dan Ali Rustam sebenarnya tidak perlu berbuat demikian.

“Pihak kerajaan kan ada, bolehlah dibawa berunding.

“Kita tak boleh tunjuk kekerasan kita. Semuanya boleh dibawa berbincang. Itu semangat pendekar Melayu yang sebenar,” kata Cikgu Majid.

keadilan/-

6 ulasan:

anak lincah berkata...

tahniah cikgu majid. ini baru guru silat sebenar!

Tanpa Nama berkata...

Ilmu silat mereka akan memakan diri,sebab mereka menentang kebaikan...
Mereka ini seperti watak jahat dalam filem.

Tanpa Nama berkata...

omar din boleh blah la lu....ni silat cekak punya geng boleh tibai korang anytime, any place....sila kan.

Tanpa Nama berkata...

omar din mauju tu memang sombong dan angkuh serta ujub seolah2 beliau seorang aje yg gagah perkasa tp dia lupa ada yg lebih gagah perkasda iaitu Allah swt, saya tabik kpd cikgu majid yg bersama2 bertungkus lumus membentuk pesilat2 seni gayung tentera dlm thn 70 an dulu bersama2 dgn cikgu mat lazim (arwah bergelar Datuk), cikgu Kalsom anak angkat Maha Guru Datuk Meor Abd Rahman (Pengasas PSSGM)masa tu silat lincah belum terkenal sgt pun, omar din mauju sanggup jadi Hang Jebat malaysia satu ketika dulu krn berkonfrantasi dgn pasukan penguasa...apa kesudahan beliau lps tu ..maka minta lah arkib utusan menyiarkan semula rentetan peristiwa tersbt..omar din mauju tak sehebat mana pun ilmu kamu jika nak dibandingkan dgn CIKGU MAJID dan ramai lg yg HEBAT2 tp berdiam diri dan kehebatan para ahli2 SUFI antara mrk dgn Allah swt di kira lg hebat..itu lah jalan yg kita mahu pun sebelum bertemu dgn Allah swt..Contoh nyat Pak Kiyai Salleh selain di anugerah dgn ilmu berperang beliau adalah Ahli Kesufian yg hebat dan di kagumi...

Tanpa Nama berkata...

Ilmu persilatan bukan tujuan untuk membela satu-satu bangsa saja tapi ilmu yang dianugerah Allah ini adalah untuk tujuan menegakkan kalimah Allah di muka bumi demi keadilan sejagat tanpa mengira kaum. Kepada tuan mahaguru omar din, muhasabah diri dan renung-renunglah diri anda.Ilmu itupun Allah bagi pinjam.Betapa kerdilnya kita, betapa lemahnya kita di sisi Allah. Hebat macam manapun kita,suatu hari maut pasti menjemput kita. Utamakan semangat islam lebih drp semangat nasionalisme.

Tanpa Nama berkata...

tahniah pakguru majid,pemikiran mcmnilah yg sepatutnya,jgn riak seperti sesetengah guru lain,yg kuasa hanya DIA,sy dr dulu lg hormat pak guru majid..yg berilmu harus bijak,tunduk,tunduk bkn beerti takut..sy sokong 100% pendapat pak guru