06 Julai 2011

Pemuda Umno bantah BERSIH di Stadium Merdeka

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

Pemuda Umno hari ini membantahan keputusan BERSIH 2.0 yang memilih Stadium Merdeka sebagai tempat baru berhimpun pada Sabtu ini.

Ketua penerangan pergerakan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, bantahan itu dibuat atas pelbagai alasan, terutamanya atas faktor sejarah tempat berkenaan.

"Kami bantah di Stadium Merdeka. Ia bukan tempat perhimpunan politik. Buatlah di negeri Pakatan Rakyat. Lagi pun Stadium Shah Alam sudah ditawarkan," katanya.

Stadium Merdeka dianggap sebagai tempat istimewa ekoran menjadi tempat di mana kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1967 di hadapan 10,000 orang.

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga pagi tadi mengumumkan pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini selama dua jam mulai jam 2 hingga 4 petang.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Reezal Merican yang juga pengerusi perhimpunan anti-BERSIH - PATRIOT - mendakwa, keputusan BERSIH memilih tempat itu menunjukan gabungan NGO itu mempunyai agenda lain.

Sehubungan itu, Reezal Merican mengingatkan supaya BERSIH 2.0 tidak "memainkan" Titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini dengan "mencetuskan" perkara tertentu.

"Tindakan mahu berhimpun di Stadium Merdeka menunjukkan mereka ada agenda tersirat," dakwanya lagi.

Jimadie Shah Othman
malaysiakini/-

4 ulasan:

Awanama berkata...

lo sapa mamak mau tunjuk samseng...suka hati diarang lar nak buat kat stadium mana. stadium tu bukan hak mak bapak kau pun. kecoh tak tentu pasal...hasad dengki umngok mmg memualkan...memalukan bangsa ko jer. ko tunggu lah pru13 nanti, umngok akan berkubur selamanya.

Awanama berkata...

Salam kepada saudara Reezal..... berlapang2 dada lah saudara.... kalau concert rock boleh dibenarkan tanpa ada apa2 bantahan dari UMNO mengapa perhimpunan yang ada erti dan pengisian Kemerdekaan perlu mendapat tentangan kamu....bersifat ehsanlah saudara.....

Awanama berkata...

nielah org umno..bila org nak demo secara aman kat jalan raya bising2, kata menyusahkan org ramailah, peniaga rugilah...bila dh nak buat kat stadium lain plak citernye..mmg dasar putar alam umno nie..ckp jer takut kat kuasa rakyat..nie lagi satu mamak penang nie..ko nie melayu ke? kalo bapak ko tu india kawen plak ngan mak ko yang melayu bukannye ko bleh jadi melayu..lain ler bapak ko tu mmg melayu tulen kawen plak ngan mak ko tu dr india bleh le ckp ko nie malayu..dh ler malas nk layan puak umno haprak nie

Panglima berkata...

faktor SEJARAH konon.

sapa yang nak runtuhkan Stadium tu aritu? sapa? jawab!

Tun Mahadhir kepala taik korang jugak.

nasib baik Tun PakLah selamatkan, batalkan pemusnahan stadium merdeka tu. kata TukarTiub, itulah satu-satunya jasa PakLah kepada negara yang patut dikenang.

silap BERSIH jugak, patutnya masa jumpa AGONG tu mintak terus nak buat kat stadium merdeka, dengan list sebab-sebab pemilihan stadium merdeka.

lagipun dekat kan? nak ke stadium merdeka, berbanding nak kena drive jauh pulak ke bukit jalil atau ke shah alam.