06 Julai 2011

BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka

4 Syaaban 1432H. [MOD] -



Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini, jam 2 petang.

NONE
Perkara itu diumumkan oleh Ambiga pada sidang medianya di ibu negara pagi ini.

Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini.

Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana dsidakwa terbabit dengan gejala subversif.

Ambiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.

Bekas presiden Majlis Peguam juga mahu sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.

1 ulasan:

otaklunyai berkata...

APA KATA KITA PILIH SATU KAWASAN BANDAR YG STATEGIK (YG TAK KACAU TRAFIK, YG POLIS TAK BOLEH KACAU KITA) UTK BERHIMPUM... JADI KITA BOLEH BUAT RALLY DISEKITAR BANDAR TERSEBUT.