06 Julai 2011

Stadium Merdeka Tolak Tempahan BERSIH

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 6 JULAI : Pihak pengurusan Stadium Merdeka telah menolak lokasi itu dijadikan tempat himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan di Facebook BERSIH 2.0, pegawai tempahan memberikan beberapa 'alasan' untuk menolak tempahan itu.

“Antara alasan yang tidak jelas yang dibekalkan oleh pegawai itu adalah 'majlis pengurusan sukan dalaman' dan 'kerja-kerja ubahsuai'.

“(Ini) di sebalik kenyataan ada rancangan bagi mengadakan 'Konsert Raksaksa 2' pada 9 Julai di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

Konsert Raksaksa 2, memaparkan legenda tempatan seperti Sweet Charity dan Blues Gang, bagaimanapun telah ditunda sehingga 1 Oktober kerana faktor keselamatan.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Marah ItO blues gang pada Pr walaupun semua org tahu ito org kuat pkr.....ito kata cilaka itu ambiga dan pakatan rakyat tutup periuk nasi aku....mampos lah kau ambiga

Tanpa Nama berkata...

jom kita pi stadium shah alam....ohya lupe pulak...why ambgia x bagi memo tu pd Agong, masa dia jumpe Agong....ermm musykil2.....