06 Julai 2011

Sekatan polis: Kuala Lumpur sesak teruk

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 02
Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.

Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing.

2 ulasan:

otaklunyai berkata...

Sebenarnya niat mereka tu mamang buruk... nak wujudkan suasana supaya orang ramai menyalahkan BERSIH2... tapi Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui... rakyat semua dah faham dan tau akan permainan kotor polis yg bersekongkol dgn pemerintah laknatullah... TAKBIRRRRR!!!

Awanama berkata...

Bukan kl...nak p kerja penang pun sesak...kalau kata polis bodoh marah...oo memang bodoh...pmr aje ...kerjaya terakhir...pagi-pagi buta buat roadblock...depa pikiaq kot mana tak tau...minggu depan memang aku seminggu p keja pakai baju kuning