15 September 2011

Jepun bina penghadang lindung loji nuklear

17 Syawal 1432H. [MOD] -



TOKYO 15 Sept. - Sebuah syarikat tenaga elektrik Jepun berkata, mereka akan membina penghadang setinggi 18 meter bagi melindungi sebuah loji nuklear dari tsunami di masa akan datang, kata syarikat tersebut semalam.

Pembinaan penghadang sepanjang 1.6 kilometer yang berfungsi melindungi kompleks Hamaoka itu akan dimulakan minggu depan dan dijangkakan akan tamat pembinaannya hujung tahun 2012, kata Chubu Electric Power.

Hamaoka yang terletak di pantai pasifik, 200 kilometer dari barat Tokyo, menutup reaktornya atas arahan kerajaan ketika Jepun dilanda krisis nuklear akibat loji nuklear Fukushima yang rosak akibat tsunami dan gempa bumi yang melada Jepun 11 Mac lalu. - AFP

Tiada ulasan: