15 September 2011

Liga Arab gesa Syria henti kekerasan

17 1432H. [MOD] -

KAHERAH - Damsyik terus menerima tekanan supaya mereka menghentikan tindakan kekerasan terhadap rakyat selepas Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan jumlah kematian di negara itu kini mencecah 2,600 orang.

Keadaan yang semakin meruncing tersebut menyebabkan Liga Arab dan Turki, kelmarin menggesa Presiden Bashar al-Assad untuk mengambil tindakan segera bagi menghentikan keganasan di Syria yang berlangsung sejak enam bulan lalu.

Mesyuarat disertai 22 Menteri Luar Liga Arab di Kaherah, Mesir itu juga menyifatkan situasi di Syria semakin meruncing dan kerajaan Assad perlu memandang serius kerana semakin ramai rakyat terkorban akibat tindakan ganas tentera Syria.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan turut memberi amaran jika konflik di Syria berpanjangan ia mungkin akan bertukar menjadi perang saudara.

Kelmarin, penunjuk perasaan turut mengadakan demonstrasi kerana berang terhadap Rusia selepas negara tersebut menyokong kerajaan Assad dan menegaskan sebarang resolusi PBB ke atas Syria tidak boleh mengandungi mandat untuk mengenakan sekatan atau campur tangan ketenteraan.

sinar harian/-

Tiada ulasan: