15 September 2011

P Pinang jawab semua tuduhan 17 Sept

17 Syawal 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN, 15 Sept: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menjawab semua tuduhan yang dilemparkan terhadap pentadbiran sekarang pada 'Malam Penerangan Perdana' yang diadakan di Stadium Bandaraya pada 17 September ini bermula jam 9.00 malam.

Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Anuar Hashim memberitahu, melalui program yang diatur itu membolehkan rakyat menilai siapakah yang sebenarnya 'pengacau' dan siapa sebenarnya pembantu rakyat yang selama ini dibelanggu kemiskinan dan keperitan hidup dalam sebuah negeri yang dianggap maju.

"Datanglah ramai-ramai, kita mahu rakyat menilai dengan sepenuh hati supaya tidak lagi wujud perasaan kurang puas hati terutamanya terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menjadikan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai ikutan," terangnya.

Baginya, langkah yang ingin dibawa oleh Lim begitu baik demi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan parti mana yang disokong kerana kerajaan negeri bertindak mengikut saluran betul.

Katanya, program kemiskinan sifar, warga emas, RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal, bantuan kepada ibu tunggal, OKU, penambahan peruntukan kepada Majlis Agama Islam, penambahan elaun pada guru agama dan seumpamanya memang menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah.

Umno dan Barisan Nasional (BN) tambahnya, 'geli telingga' apabila Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membawa perubahan drastik yang akhirnya rakyat jatuh hati.

Menurutnya, antara penceramah pada program itu ialah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Bob Lokman.

harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak bikin panas lagi x? apa kata blog2 anti UMNGOK post kan lagu asal negaraku yg versi omputih tu. menunjukkan yg malaysia ni amek lagu penjajah. buat malu je. lagu kebangsaan pun x reti buat sendiri... tu pun x ngaku kena jajah. hampeh mahadeytambi kutti!!