24 Februari 2012

Legenda bola keranjang saman syarikat sukan China

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHANGHAI 24 Feb. - Pemain legenda bola keranjang, Micheal Jordan semalam memfailkan saman terhadap sebuah syarikat pakaian sukan China atas dakwaan menggunakan namanya tanpa kebenaran.

Bekas bintang kelab Chicago Bulls itu menyaman syarikat Qiaodan Sports, yang terletak di wilayah selatan Fujian kerana menggunakan namanya dalam bahasa Cina dan nombor jersinya tanpa kebenaran.

"Perkara ini sangat mengecewakan saya kerana syarikat terbabit menggunakan nama Cina saya dan nombor jersi 23 serta cuba menggunakan nama anak-anak saya untuk meraih keuntungan," katanya. - AFP

Tiada ulasan: