24 Februari 2012

Wajah Pemuda Pakistan Yang Didakwa Larikan Nurul Zakiah

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Nurul Zakiah telefon keluarga

KUALA LUMPUR - Remaja hilang yang didakwa terkena ilmu pengasih Pakistan, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, telah menghubungi keluarganya kelmarin untuk menegaskan bahawa dia melarikan diri kerana ingin hidup berdikari.

Perkara itu disahkan oleh bapanya, Azman Saad, 51, yang turut memberitahu, Nurul Zakiah telah menghubunginya kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin untuk menyatakan perkara tersebut kepadanya.

Selain itu, dia memberitahu, anaknya itu turut merayu agar dia menarik semula laporan polis yang telah dibuat berkenaan kehilangannya sejak 14 Februari lalu.

"Dia menceritakan bahawa dia tidak lagi bersama dengan kekasihnya itu dan dia kini berhasrat untuk bekerja dan hidup sendiri," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan tentang ahli keluarga Nurul Zakiah yang merayu agar dia pulang selepas disyaki lari dari rumah kerana mengikut Samer Khan atau nama sebenarnya, Arsad Mohd., 20-an apabila cinta mereka mendapat tentangan keluarga.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Kuala Langat itu dikatakan telah terkena ilmu pengasih lelaki Pakistan tersebut hingga menyebabkan dia mula berbohong dan melawan cakap orang tua.

Mengulas lanjut, menurut Azman, walaupun hanya berbual selama seminit, dia berjaya mendapatkan nombor telefon bimbit baharu anaknya. -kosmo

2 ulasan:

shahmi wafi berkata...

iisshh iisshh , sal melayu ni suke sngt dgn pakistan eh ? kt malaysia ramai lagi lah lelaki yg ensem2

rauna rakab berkata...

Perangai pelik elok elok bersama dengan keluarga nak lari nak berdikari konon , nak urus diri endiri pun tak telus lari dari rumah menyusahkan keluarga nanti dah susah jumpa puak umno minta tolong selamatkan biak mampuih le kamu semua.