26 Mac 2012

Ratusan berhimpun bantah kegagalan polis

3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

CHICAGO - Kira-kira 300 penduduk tempatan berhimpun membantah kegagalan polis untuk menangkap seorang pemerhati sukarelawan kejiranan Florida yang didakwa menembak mati seorang remaja lelaki kulit hitam.

Bantahan kelmarin, penunjuk perasaan berkumpul di beberapa buah lokasi seperti Columbia, Selatan Carolina, Washington dan Chicago, memakai baju panas bertutup kepala yang pernah dipakai mangsa, Trayvon Martin,semasa dibunuh.

Kumpulan daripada pelbagai bangsa dan umur itu berkumpul di Plaza Daley, Chicago, sambil memegang slogan yang memihak kepada masyarakat kulit hitam.

Bulan lalu, Martin, 17, maut ditembak oleh seorang pemerhati kejiranan kulit putih Hispanik, selepas terlihat mangsa yang konon dalam keadaan mencurigakan sedang menuju ke pagar komuniti itu di pinggir bandar Orlando.

sinar harian/-

Tiada ulasan: