04 April 2012

Remaja didenda RM100 atau 10 hari penjara miliki jaket polis

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Gara-gara menyamar polis dengan memiliki jaket polis, seorang remaja didenda RM100 atau 10 hari penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Noor Aini Yusof mengenakan denda itu, selepas Aidil Al- Naneiri Mazlan, 22, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Aidil Al- Naneiri disabit kesalahan atas tuduhan memiliki barang-barang yang dibekalkan kepada pegawai polis iaitu sehelai jaket mempunyai lambang polis, di Jalan Pasar Mount Erskine, kira-kira jam 2.30 petang, empat hari lalu.

Untuk kesalahan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 membawa hukuman dipenjarakan enam bulan atau denda RM500.

Terdahulu, Aidil Al- Naneiri merayu hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai tanggungan keluarga.

Sinar Harian

Tiada ulasan: