04 April 2012

Veterinar siasat kes 12 kucing mati selepas diberi suntikan

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri menyiasat kes kematian 12 ekor kucing peliharaan dalam tiga kejadian berasingan selepas dipercayai menerima suntikan daripada jabatan veterinar.

Pengarahnya, Dr Marzuki Zakaria berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada jabatan veterinar daerah Dungun dan siasatan terperinci sedang dilakukan untuk ketahui punca sebenar kematian haiwan peliharaan itu.

Menurutnya, keputusan akan diperoleh selepas siasatan selesai dalam masa terdekat.

Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa 12 kucing milik Noorhariati Osman Ali, 28, mati dalam tiga kejadian berasingan selepas menerima suntikan di jabatan veterinar daerah.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku pada Julai 2011, apabila tiga anak kucing peliharaannya mengalami masalah kesihatan mati beberapa hari selepas menerima suntikan di jabatan itu.

Katanya, kejadian kedua pula membabitkan empat kucing yang turut mati selepas hilang selera makan, selain lemah anggota badan, dipercayai selepas beberapa hari menerima rawatan­ di jabatan sama.

Sinar Harian

Tiada ulasan: