14 Mei 2012

Ferguson: City perlu 100 tahun pecah rekod MU

22 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

WALAUPUN kelab Manchester City berjaya merampas gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini semalam, Pengurus Manchester United (MU), Sir Alex Ferguson mendakwa pasukan The Citizens tidak akan berjaya memadamkan rekod pasukannya.

Menurut Ferguson, City memerlukan lebih 100 tahun untuk mencatat sejarah mereka sekali gus menyekat kegemilangan MU dalam EPL.

"Bagi saya, kemenangan mereka tidak membuktikan City mampu mencatat sejarah seperti mana yang telah dilakukan oleh kelab MU.

"Memang kami gagal, tapi itu tidak bermakna kegemilangan MU akan berakhir. Malah bagi saya, tiada siapa mampu menandingi kami untuk mencipta rekod paling lama memegang mahkota Liga," kata beliau dalam temu bual dengan media England selepas perlawanan semalam.

Pada perlawanan terakhir musim ini, MU terpaksa akur apabila gagal memperoleh gelaran juara EPL buat kali ke-20 walaupun mencatat kemenangan tipis ke atas Sunderland 1-0.

City pula mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Queens Park Ranger (QPR) untuk melakarkan detik bersejarah menjulang juara buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1968.

Pada masa yang sama, walaupun mengakui kecewa dengan kegagalan ini, namun mereka tetap berpuas hati apabila mencatatkan kemenangan dalam perlawanan terakhir musim ini.

"Semua pemain bersedih dengan kegagalan ini, tapi kami telah melakukan yang terbaik hari ini (malam tadi).

"Apa-apa pun kami terpaksa akur dan teruskan berusaha dalam saingan musim depan," tegas Ferguson yang memasang impian untuk membalas dendam kepada City," kata beliau lagi.

Tambah Ferguson, beliau turut mengucapkan Mancini tahniah atas kejayaan kelab itu menjulang juara EPL musim ini.

"Tahniah diucapkan kepada City, ia bukan Liga yang mudah untuk dimenangi oleh sesiapa, namun City berjaya membuktikan yang kelab itu berjaya untuk pergi lebih jauh," tambah beliau.

Sinar Harian

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syabas buat manchester city walaupun sir alex berkata mereka masih lagi juara tetapi hakikatnya mereka telah kecundang!!!! bn sila ambil pengajaran jangan mendabik dada bahwa engkau akan selamanya memerintah malaysia!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

syabas city for champion !!!! umno bn sila ambil sebagai peringatan tak selamanya kamu perintah malaysia masa kamu sudah tamat!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Mereka ni akn jd mcm Chelsea,gah pd mula je,lps tu merudum le.Pemilik kelab ni cuma tau membeli pasukan bkn membina pasukan.Paling2 4-5 musim je,lepas tu mula le merosot.Mereka terus ke kemuncak pd musim pertama.MC nk kemana lg,sedang kn pasukan lain msh dlm pembinaan sdg kn mereka dh siap.Sbab tu pasukan F1 tidak mengguna kn kesemua teknologi yg mereka ada dlm satu musim.