14 Mei 2012

Ceramah pembohongan Umno dijerkah DS Nizar

22 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'.

Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar.

Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.

Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk di meja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim.

Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar.

Dengan kehadiran DS Nizar di situ, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya.

Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata.

Harakah Daily

3 ulasan:

dino.yp@gmail.com berkata...

betulke penceramah pucat lesi ? nampak ok jer...

Awanama berkata...

cina islam ... mana video penuh nya.... nak tgok gak nizar belasah umno ... atau cina islam sendiri yg tak tau bahasa melayu ..."MELAYU ISLAM"

Awanama berkata...

ha..ha.. siakap senohong gelama ikan duri.. bercakap bohong?

VIDEO DS NIZAR