19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
BUKIT BERUNTUNG - “Saya baru saja pesan padanya supaya naik dan meminta rakan lain naik, tapi sekelip mata saya menoleh kembali ke arahnya dia sudah hilang,” kata Mohd Rohaimin Noor Azlee, 19, abang Mohd Rizal Noor Azlee, 18, yang ditemui mati akibat lemas dalam lombong dekat Plaza Tol Bukit Beruntung, di sini semalam.
Mohd Rohaimin berkata, pada mulanya dia menyangka adiknya yang lebih dikenali dengan panggilan Jan hanya bergurau dengan menenggelamkan diri tetapi setelah lama tidak timbul dia berasa adiknya lemas.
Katanya, dia segera memanggil empat rakan lain yang berada dalam lombong terbabit untuk mencari adiknya. “Jan.. Kau jangan main-main, ini bukan tempat masa nak bergurau,” katanya sambil memanggil-manggil mangsa.
Menurutnya, dia yang datang bersama adik dan empat rakan lain berusaha mencari mangsa di sekitar tempat dipercayai tenggelam tetapi tidak berhasil.
Katanya, mereka berenam datang ke lombong berkenaan untuk mencari ikan seawal jam 2 pagi selepas habis waktu kerja.
“Saya dan seorang rakan menunggu di atas sementara adik dan tiga rakan lain sedang menggagau ikan. Selang beberapa jam, adik saya hilang dan tidak sangka dia lemas,” katanya.
Mohd Rohaimin berkata, setelah gagal menemui adiknya, mereka menghubungi polis dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba bagi operasi mencari dan menyelamat.
Mangsa ditemui Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) kira-kira jam 5 petang setelah lebih lapan jam usaha mencari dilakukan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan