19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU - Dek kerana terlalu ‘gian’ pil kuda, seorang ibu beranak satu nekad memanjat tingkat tiga asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, di sini, semata-mata untuk mencuri kabel besi tembaga, awal pagi Isnin lalu.
Bagaimanapun, tindakan berani wanita yang terdesak itu, Wook @ Murniyati A Rahman, 32, dari Perumahan Kos Rendah Kampung Bukit Tunggal di sini, menerima padah setelah dijatuhi hukuman penjara selama seminggu dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Hukuman berkenaan dijatuhkan selepas surirumah sepenuh masa ini mengaku bersalah mencuri lima keping kabel besi tembaga bernilai RM100 milik SMK Bukit Besar, di sini, pada 7 Mei lalu kira-kira jam 4 pagi.
Dengan itu, Wook @ Murniyati mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala Wook @ Murniyati tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, Wook @ Murniyati kantoi selepas pengawal keselamatan sekolah yang sedang meronda terserempak dengannya ketika itu sedang membawa kabel besi tembaga tersebut disyaki dicuri di bangunan asrama lelaki di sekolah terbabit.
Pengawal Keselamatan berusia 38 tahun itu terus menahannya dan menyerahkan kepada polis. Satu laporan polis kemudiannya dibuat di Balai Polis Chabang Tiga.
Sebelum ini, Sinar Harian keluaran Selasa, 8 Mei menyiarkan seorang ibu beranak satu berlagak ala ‘spiderwoman’ apabila dia memanjat tingkat tiga bangunan asrama SMK Bukit Besar di sini dipercayai untuk mencuri tembaga wayar bumi yang dipasang di bangunan sekolah berkenaan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan