21 Mei 2012

NATO isytihar aktifkan rangkaian peluru berpandu

29 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

CHICAGO: NATO mengesahkan rangkaian peluru berpandu sekutu itu di Eropah sedang diaktifkan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan keupayaan menembak balas peluru berpandu ke arahnya.

Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen hari ini berkata, deklarasi mengenai keupayaan sementera sekutu itu dibuat pada Sidang Kemuncak NATO di Chicago sebagai langkah pertama untuk mengukuhkan kedudukan sekutu itu di Eropah menjelang 2018.
Peringkat terakhir dirancang untuk 2022 yang turut merangkumi jarak kawasan peluru berpandu merangkumi Amerika Syarikat.

Pada sidang kemuncak di Chicago, pengurusan NATO turut mengesahkan beberapa lagi rakan sekutunya bersetuju membelanjakan lebih AS$1 bilion untuk menyokong kemudahan prasarana bagi meningkatkan sistem peluru berpandu.

“Pertahanan misil amat diperlukan. Kami kini berdepan dengan ancaman peluru berpandu yang nyata," kata Rasmussen pada sidang kemuncak itu dengan menambah 30 lagi negara sedang membangunkan teknologi peluru berpandu antara benua.
- AP/AFP

Tiada ulasan: