21 Mei 2012

Seorang mati, rakan parah diserang sekumpulan lelaki

29 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mati dalam keadaan berlumuran darah, manakala rakannya parah apabila mereka diserang sekumpulan lelaki di padang permainan di Jalan Mata Ayer, Setapak, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisoner Zakaria Pagan berkata, mereka dipercayai terlibat dalam pergaduhan pada jam 9 malam.

Menurutnya, S Prabakaran, 27, dipercayai lari sejauh 200 meter sebelum jatuh dan ditemui mati di dalam longkang.

Beliau berkata, rakan mangsa, S Visvanathan, 28, yang cedera di belakang dan kepala, sempat lari dan meminta bantuan daripada orang ramai.

“Mayat Prabakaran dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: