08 Jun 2012

KPF: Ismail Sabri salah guna kuasa kecualikan Isa

18 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan membuat laporan polis berhubung keputusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengecualikan Tan Sri Isa Samad daripada peruntukan Undang-undang Kecil Koperasi Felda.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, tindakan Ismail itu boleh dianggap menyalahgunakan kuasa menteri semata-mata untuk membolehkan Isa kekal sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Sedangkan katanya, Isa tidak layak menjadi pengerusi KPF kerana beliau bukan peneroka, ahli keluarga peneroka atau kakitangan Felda yang tetap.

"Apa alasan Ismail mengecualikan isa daripada undang-undang kecil Felda?

"Ia hanya boleh dibuat dengan sebab munasabah, contohnya jika KPF berada dalam krisis, tapi koperasi Felda ialah koperasi terbaik, bukan dalam krisis," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Ismail sebelum ini dialporkan berkata, menteri berkuasa menurut Akta Suruhanjaya Koperasi untuk mengecualikan individu tertentu daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil KPF.

Mazlan turut melahirkan kebimbangan mengenai wujudnya kempen menyokong Isa menjelang mesyuarat agung KPF pada 20 Jun ini.

"Terdapat gerakan yang dibuat secara terancang melalui kempen dan lobi menjelang mesyuarat agung 20 Jun ini.

"KPF tak termasuk dalam penyenaraian FGVH jadi mereka akan buat supaya KPF bersetuju untuk penyenaraian," katanya.

Harakah Daily

2 ulasan:

Unknown berkata...

Yang ada krisis UMNO. Bukan KPF. Jadi di gunakan Felda & KPF untuk selesaikan krisis UMNO.

Unknown berkata...

Yang ada krisis UMNO. Bukan KPF. Jadi di gunakan Felda & KPF untuk selesaikan krisis UMNO.