04 Julai 2012

Berita perletakan jawatan Rafizi paling popular

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Berita perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli menjadi berita yang paling popular dalam Harakahdaily sepanjang bulan Jun 2012.

Sebanyak 11,707 pelayar Facebook Harakahdaily telah melihat berita tersebut sepanjang tempoh itu dan menjadikannya berita paling hangat Harakahdaily.

Berita Rafizi letak jawatan CEO penasihat ekonomi S'gor itu telah ditulis oleh Pengarang Berita Harakahdaily, Nazri Abdullah.

Sementara itu, berita bertajuk Himpunan R: Gambar 'tukang pukul' diedarkan yang ditulis oleh Pengarang Harakahdaily telah mendapat tempat kedua dalam Facebook Harakahdaily.

Berita yang berkaitan dengan kekecohan dalam perhimpunan menuntut Royalti Kelantan itu memaparkan gambar-gambar mereka yang terlibat memukul penyokong R.

Berita ketiga paling popular pula adalah bertajuk ‘Terima kasih’ kerana ‘tidak cerdik’ – Nik Aziz yang ditulis oleh wartawan Harakahdaily dari Kelantan, Mohd Rizal Tahir.

Berikut adalah 10 berita paling popular sepanjang Jun 2012

1. Rafizi letak jawatan CEO penasihat ekonomi S'gor

2. Himpunan R: Gambar 'tukang pukul' diedarkan

3. ‘Terima kasih’ kerana ‘tidak cerdik’ – Nik Aziz

4. Anwar: Siapa bayar sewa rumah Muhyiddin

5. Kes B Kepong: Pengadu minta Mat Sabu dibebaskan

6. Mula-mula tidak kenal, hari ini isteri yang kenal

7. Bekas Timbalan Menteri Pelajaran sertai PAS

8. Warga emas dipaksa Umno berlakon masuk PAS

9. Bersih haram bukan fatwa tetapi nasihat - Mashitah

10. Dekoder TV Impian dijual bermula Isnin ini

Harakah Daily

Tiada ulasan: