04 Julai 2012

Presiden Syria 'kesal' tembak jatuh jet Turki

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar al-Assad berkata beliau menyesal askarnya menembak jatuh sebuah jet pejuang Turki, tetapi menegaskan pihaknya menjangkakan ia milik Israel yang diaggap sebagai "musuhnya."

"Saya tidak berniat untuk bertindak demikian (menembak jatuh) kecuali ia milik musuh (kami)," kata beliau kepada akhbar Turki, Cumhuriyet.

Temu bual itu disiarkan semalam.

"Rakyat Turki adik-beradik kami dan sesuatu yang menyebabkan mereka sedih, tidak akan menggembirkan kami. Jika ia pesawat Israel, sudah pasti, saya gembira," katanya lagi.

Jet F-4 Phantom ditembak jatuh pada 22 Jun lalu. Nasib dua juruterbangnya belum diketahui.

Kata Bashar, jet itu menggunakan laluan yang sebelum ini digunakan oleh pesawat-pesawat Israel.

"Sebuah pesawat yang datang arah itu dianggap oleh tentera Syria sebagai pesawat Israel.

"Ia diterima sebagai pesawat musuh, diambil tindakan dengan cepat dan dilepaskan tembakan," kata pemimpin ini yang berhadapan dengan krisis yang berlarutan lebih 16 bulan.

Tekanan masyarakat antarabangsa juga meningkat ke atas Bashar.

"Memandangkan kami tidak boleh melihat pada radar kami, malah tiada maklumat diberikan, askar menembak jatuh.

"Kami (hanya) mengetahui ia milik Turki selepas ia ditembak jatuh," katanya lagi.

Sehubungan itu kata Bashar, insiden itu tidak wajar dibesar-besarkan.

Insiden itu meningkatkan ketegangan antara Syria dan Turki di sebalik krisis politik dalaman Damsyik, yang memperlihatkan kebangkitan rakyat terhadap kepimpinan Bashar.

Sinar Harian

Tiada ulasan: