02 Julai 2012

Hodgson: England tetap England

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

PENGURUS England, Roy Hodgson menegaskan Three Lions tidak perlu mengubah pendekatan mereka selama ini hanya disebabkan tersingkir daripada saingan Euro 2012 baru-baru ini.

Tewas kepada Itali, 4-2 menerusi sepakan penalti di pusingan suku akhir, beliau berkata, anak buahnya perlu mengekalkan cara tersendiri untuk berjaya ke tahap yang lebih baik dan bukannya mencontohi orang lain.

"Kita perlu kekalkan semangat juang yang sentiasa ada dalam bola sepak Inggeris. Saya mahu England menjadi England.

"Tidak perlu buang semua kualiti yang ada sebelum ini hanya disebabkan kita sudah tidak layak dalam saingan kali ini," katanya.

Mengakui masih banyak ruang yang perlu diperbaiki pasukan, Hodgson turut membidas juara bertahan Sepanyol yang bertembung dengan Itali di pusingan akhir juga mengalami sumpahan sama seperti pasukannya menerusi penentuan sepakan penalti.

"Meskipun mereka berada dalam kejohanan utama, tetapi masih gagal mencapai apa-apa kejayaan beberapa tahun kebelakangan ini dan anda tidak boleh katakan kami akan bermain seperti La Roja kerana cara mereka dan England adalah berbeza," katanya.

Untuk rekod, Sepanyol pernah kecundang pada pusingan akhir Euro 1984 kepada Perancis menerusi sepakan penalti yang berkesudahan 5-4.

Mengulas mengenai kemunculan pemain baru dalam skuad kebangsaan sedia ada, jurulatih berusia 65 tahun ini tetap optimis mengenai masa depan barisan pasukan England.

"Kita mempunyai pemain berbakat seperti Alex Oxlade Chamberlain dan Danny Welback yang bersama kita di Euro, saya berharap dua tahun akan datang mereka akan menjadi pemain yang lebih cemerlang," katanya yang akan menumpukan perhatian kepada kempen Piala Dunia yang bermula 7 September depan.

England ditimpa sumpahan penalti apabila tersingkir pada suku akhir Euro 2012 menerusi penentuan penalti selepas perlawanan masa tambahan berkesudahan seri tanpa jaringan.

Ia merupakan kali ketujuh Three Lions disingkirkan dengan cara sama dalam keHodgson mahu pasukan lupakan kekecewaan pada Euro 2012. johanan utama.

Sinar Harian

Tiada ulasan: